SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, August 1, 2011

SKUAD KEBANGSAAN BERAKSI DI PENTAS DUNIA

TIDAK dinafikan ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kegagalan skuad bola sepak kebangsaan layak ke pusingan ketiga Piala Dunia selepas diketepikan pasukan jiran, Singapura, Khamis lalu.

Apa yang menyedihkan skuad Harimau Malaya tidak memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri dan sekadar seri 1-1 untuk lawan menang dengan agregat 6-4.
Apa pun, di sebalik menunggu empat tahun lagi untuk mencuba nasib melayakkan diri ke Piala Dunia 2018, sesuatu yang harus dijadikan iktibar ialah bermain di hadapan sokongan puluhan ribu penonton sendiri, belum menjamin kejayaan, tanpa pemain memberi persembahan terbaik menggunakan apa juga kesempatan mendapatkan gol.

Skuad negara pimpinan Datuk K Rajagobal tidak boleh hanya bergantung mencari kemenangan di gelanggang sendiri, sebaliknya harus juga mampu mencari kemenangan di tempat lawan.

Saya percaya jika pasukan kebangsaan diberi banyak lagi pendedahan di peringkat antarabangsa, pemain akan menimba banyak lagi pengalaman dan kemahiran serta bersifat lebih matang di pentas dunia.

Tidak dinafikan, kehadiran kelab-kelab ternama Liga Perdana Inggeris yang mengadakan beberapa siri persahabatan dengan pasukan kebangsaan, sedikit sebanyak membantu memberi pendedahan kepada pemain negara, tetapi ia berbeza jika pasukan kebangsaan dapat bermain dengan pasukan kebangsaan yang lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails