SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, August 19, 2011

STOKE CITY MENANG BERGAYA DALAM LIGA JUARA-JUARA


Naib juara Piala FA Inggeris, Stoke City merapatkan laluan bersaingan dalam kumpulan Liga Juara-Juara Eropah manakala Schalke yang berjaya ke separuh akhir musim lalu tewas mengejut 0-2 kepada kelab Finland, HJK Helsinki.

Stoke, yang layak ke Eropah untuk kali pertama sejak 1974-75 iaitu bersaingan dalam Piala UEFA, menang 1-0 ke aras pendahulu liga Swiszerland, s FC Thun.
Gol tunggal Stoke diperoleh menerusi Danny Pugh pada minit ke-18.
Thun, yang bermain dalam Liga Juara-Juara enam tahun lalu terpaksa bermain 10 pemain selepas 10 pemain dengan permain pertahanannya, Nicolas Schindelholz terpaksa mengambil alih peranan penjaga gol selepas David da Costa dibuang padang kerana mengasari John Walters.

Kemenangan skuad bimbingan Tony Pulis itu meletakkan Stoke agak selesa untuk bertemu Thun di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua di Stadium Britannia, Khamis depan.

Schalke yang mengimpikan untuk bermain di final Liga Juara-Juara Eropah empat bulan lalu, tewas mengejut di Helsinki.

HJK meletakkan bekas pemain Ajax, Barcelona dan Liverpool, Jari Litmanen yang berusia 40 tahun sebagai tunjang mereka dan ia berbaloi apabila penyerang berusia 21 tahunnya, Teemu Pukki meledak gol awal bagi mengejutkan Schalke.
Bekas pemain Sevilla itu meledak pada minit ke-18 sebelum menambah jariangan kedua pada minit ke-54.

Sementara itu, juara liga Greek, Panathinaikos turut mengalami nasib malang apabila tewas 3-0 kepada Maccabi Tel Aviv, manakala juara Liga Belanda 2009, AZ Alkmaar rebah kepada 2-1 kepada kelab Norway, Aalesunds FK.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails