SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, August 16, 2011

PELAKON MALAYSIA LUPA DARATAN


KETIKA baru bertapak dalam industri sebagai pelakon, artis yang satu ini pada SS begitu ramah dengan wartawan. Kalau diminta untuk sesi fotografi memang tidak akan menolak punya. Banyak juga publisiti diberikan untuknya, maklumkan dia memang ringan mulut.
Lagi pun sudah menjalin hubungan baik dengan media sejak zaman awal menjadi pelakon lagi.
Namun akhir-akhir ini, kawan SS cerita, lagak artis yang sekarang sudah ‘naik taraf’ sebagai produser ini sudah mula berubah.

Agaknya mungkin sebab dia sudah banyak dapat projek dari stesen televisyen, nama sudah dikenali dan yang utama, wang pun sudah banyak masuk ke akaun bank.

SS difahamkan, dia sudah pun membeli rumah mewah dan bertukar kereta besar untuk kemudahan mereka anak beranak. Baguslah tu, rezeki katakan.

Jadi, apabila dah kaya begitu, kiranya tak gunalah lagi publisiti daripada pihak media.

Cerita ini disampaikan rakan SS yang bertemu dengan artis berlagak itu, baru-baru ini. Kata kawan SS, memang lain benar cara percakapannya berbeza sungguh dari dulu - tak sehangat biasa.

Ceritanya kawan SS ada menawarkan diri untuk menghebahkan projek seni terbarunya.

Tapi dengan muka selamba dan sinikal, dia menjawab kalau tak masuk surat khabar pun, projek tetap banyak dia dapat.

Wah, memang begitu ya percakapan atau bahasa orang ‘ada-ada’?

SS kagum sangat dengan tutur katanya yang sangat ikhlas itu.

SS difahamkan, pelakon dan produser itu sebenarnya sudah mendapat projek besar menerbitkan program televisyen dengan kerjasama agensi terkenal.

Jadi kawan SS tadi turut menawarkan diri memberikan publisiti kepada produksi terbitannya itu termasuk ingin meninjau ke lokasi penggambaran.

Tapi sekali lagi artis itu dengan nada sombong tapi dalam lembut, menolak.

SS memang tak reti dan tak faham dengan sikap artis yang lekas lupa daratan seperti itu.

Cubalah contohi artis lain seperti Datuk Siti Nurhaliza mahupun Hattan.

Walaupun sudah kaya-raya, mereka tidak pernah memandang sebelah mata sokongan pihak media, malah mereka sendiri kalau ada kelapangan akan turun padang membantu projek yang pihak media anjuran seperti Konsert Gegaria Harian Metro.

Kalau ikutkan, berapa sangatlah ‘token’ atau bayaran yang diberikan kepada mereka tapi Datuk Siti mahupun Hattan adalah artis yang berpijak di bumi nyata dan punya hati yang ikhlas.

Pada pelakon dan produser tadi, SS harap dia akan berjaya menjadi seorang produser terhebat.

Namun, pada masa yang sama, sedar-sedarlah bahawa langit itu sangat tinggi.
Jangan sampai satu hari apabila dilanda musibah, barulah terhegeh-hegeh mencari nombor telefon wartawan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails