SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Wednesday, August 24, 2011

POLIS MATI LEMAS


Rasa hairan seorang nelayan apabila mendapati enjin sebuah bot masih hidup tetapi tiada pengemudi berhampiran Pangkalan Nelayan Sungai Serai, Ladang Nam Heng di sini, pagi kelmarin, membawa kepada operasi mencari dan menyelamat dua anggota polis yang dipercayai lemas ketika memancing udang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, nelayan berkenaan sedang mengemudi botnya sebelum terserempak dengan bot terbabit.


“Nelayan yang baru pulang menangkap ikan itu hairan apabila mendapati tiada pengemudi di sana, lalu menghubungi nombor telefon yang tertera pada bot berkenaan untuk memaklumkan penemuan terbabit kepada pemiliknya.

“Pemilik bot itu kemudiannya membuat laporan polis sejurus dimaklumkan berkaitan perkara berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor, semalam.


Dalam kejadian itu, Lans Koperal Hussin Isa, 48, dan Koperal Mohd Nazri Omar, 39, dipercayai lemas selepas seorang daripada mereka jatuh ke laut manakala seorang lagi cuba membantu, tetapi gagal berbuat demikian.


Kedua-duanya menyewa bot berkenaan sebelum jam 7 pagi daripada seorang nelayan tempatan.

Menurut beliau, sebaik menerima laporan berkaitan kejadian, operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang dikenal pasti menyewa bot berkenaan terus dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor serta Pasukan Gerakan Maritim (PGM) Wilayah Dua.


“Seramai 80 pegawai dan anggota termasuk penyelam membantu operasi itu dan beliau berharap mangsa dapat ditemui secepat mungkin.

“Pada jam 3.30 petang semalam, jenazah Hussin ditemui kira-kira 150 meter dari pangkalan nelayan berkenaan manakala setakat jam 7 malam semalam, usaha masih dijalankan untuk mengesan Nazri,” katanya.


Menurut Mokhtar, punca kejadian masih disiasat dan pihaknya akan membantu keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.


“Kami menemui dompet seorang daripada mangsa di dalam bot berkenaan dan tiada unsur jenayah dalam kejadian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails