SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, August 16, 2011

MAKLUM BALAS AGENSI KERAJAAN : 95% GRADUAN UPSI, KPM ATAU PTPTN BERJAYA MENJADI GURU


Tanjong Malim, 14 Ogos -Bahagian Maklum Balas Agensi Kerajaan.  Jumaat lalu telah menjawab surat Graduan Kecewa berhubung isu lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikatakan tidak lagi dijamin penempatan guru.

Agensi tersebut memberi maklum balas bahawa "Setiap tahun lebih kurang 95% graduat program pendidikan guru UPSI, sama ada pemegang biasiswa KPM atau pinjaman PTPTN, berjaya menjadi guru di bawah KPM, cuma lambat atau cepat penempatan dibuat oleh KPM, bergantung kepada pelbagai faktor, misalnya kekosongan yang ada dan garaduan lulus ujian INSAK serta temu duga,dan mendapat PNGK sekurangnya 2.75."

Selain itu, maklum balas itu juga menyatakan "Pengambilan pelajar ke program pendidikan guru di IPTA adalah berlandaskan ujuran yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) pada setiapa tahun. Kepada UPSI biasanya diunjurkan sekitar 50% hingga 60% pelajar, iaitu dalam lingkungan 2,300 orang pelajar baharu setiap kali pengambilan. "

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails