SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, August 2, 2011

JEPUN DILANDA GEMPA BUMI

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Gempa bumi sekuat 6.1 skala Richter menggegarkan timur Jepun hari ini, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Gegaran gempa tersebut yang berlaku pada jam 11.58 malam (10.58 malam waktu Malaysia), turut dirasai di Tokyo.

Satu lagi gegaran sederhana berukuran 5.9 skala Richter dikesan ahli geologi Amerika Syarikat, berlaku di pulau Honsu, sebelum tengah malam semalam.

Gegaran kedua itu berlaku di kawasan seluas 22 kilometer di 34 kilometer selatan Shizuoka, terletak kira-kira 162 kilometer di selatan Tokyo.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan ekoran kedua-dua gempa tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails