SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Sunday, August 21, 2011

TONY FERNANDES MEMBAWA SAFEE SALI KE QPR(EPL)

BERHARAP TONY FERNANDES MEMBAWA SAFEE SALI KE EPL

DIA sudah pun memiliki penerbangan tambang murah terbesar di Asia (AirAsia) selain pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus dan terbaru hartawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes terus ‘mengepak’ dengan memiliki majoriti saham dalam pasukan baru di arena bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR).

Fernandes secara amnya memiliki 66 peratus saham dalam kelab dari barat London itu yang diambil alih daripada Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore manakala keluarga Mittal terus mengekalkan 33 peratus saham dalam pasukan yang bakal bertemu Everton, hari ini.
Berusia 47 tahun, Fernandes berkata, dengan menjadi peneraju QPR, dia bakal mengamalkan ‘gaya komunikasinya’ tersendiri bagi mendekati hati peminat dengan lebih rapat lagi.
“Jika anda tahu syarikat penerbangan saya, sebulan sekali saya akan membawa bagasi dan sebulan sekali juga saya menjadi ‘pramugara’. Saya sentiasa berada di lapangan terbang untuk bertemu pelanggan dan tidak semuanya berlangsung dengan baik – kadangkala ada yang tidak memuaskan hati mereka kerana kelewatan penerbangan atau pun perkara lain.

“Tetapi saya sangat senang didekati dan saya ingin melakukan perkara sama di QPR sebanyak mana yang mungkin. Saya ingin sentiasa rapat dengan mereka dan memperoleh pandangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi QPR dan mahu peminat memberi pandangan mereka di akaun Twitternya, @tonyfernandes.

Dalam satu temubual khas bersama media United Kingdom, Guardian, dia berkata pembelian QPR dengan harga £45 juta (RM 220.5 juta) bukan saja kerana minat mendalamnya dalam kancah bola sepak tetapi juga berkaitan dengan pelaburan bagi memacu pemasaran untuk syarikat AirAsia yang mana dia kekal sebagai pemegang saham terpenting selain Malaysia Airlines yang dipegang bersama rakan kongsinya sebanyak 20 peratus, baru-baru ini.

“Umum tidak sedar mengenai kuasa sukan dalam memasarkan sesebuah jenama,” kata Fernandes yang mana pasukan Lotus Formula Satu (F1) turut ditaja AirAsia selain Grand Prix British, tahun lalu dan suatu ketika dulu, Manchester United.
“Anda boleh membelanjakan £40 juta (RM 196 juta) dalam pengiklanan dengan mempunyai kesan yang hampir sama. Di seluruh dunia, semua orang menonton bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Dia yang juga peminat setia West Ham sejak kecil, pernah mencuba ‘menakluk’ pasukan kegemarannya itu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2009 dan kali keduanya Jun, baru-baru ini. Begitupun, pemilik kelab bersama, David Sullivan menolak tawaran itu malah mengkritiknya kerana menyiarkannya di laman Twitter - Fernandes mendakwa dia sudah pun dalam proses rundingan dan menyiarkannya untuk menjelaskan ‘kemusykilan’ itu kepada orang ramai.

Selepas jelas tawarannya itu ditolak, dia menerima suntingan daripada Ecclestone, untuk mengambil alih QPR selepas menerajuinya pada tahun 2007. “Saya sangat bertuah,” kata Fernandes. “Saya sukakan bola sepak dan saya suka EPL. Saya melabur dalam perkara yang saya minati dan ia juga bagus untuk perniagaan saya.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails