SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, August 18, 2011

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT


SEMAKIN ramai kaum Adam yang menitikberatkan penjagaan kulit muka supaya wajah kelihatan bersih, ceria, segar dan tampil menarik sepanjang masa.

Malah aktiviti lelaki yang kebanyakannya mengeluarkan peluh menyebabkan keperluan untuk menjaga kebersihan kulit wajah menjadi keutamaan.
Justeru itu, jenama penjagaan kulit terkemuka, Garnier Men menawarkan produk penyelesaian terbaik bagi permasalahan kulit berjerawat yang dihadapi kebanyakan lelaki.

Kebiasaannya, ia mula menghantui lelaki dari usia 15 hingga 25 tahun iaitu tempoh paling sensitif kerana ini adalah waktu di mana mereka banyak melakukan aktiviti luaran yang lasak.


Pembersih antijerawat ini diperkayakan dengan bahan semula jadi yang bertindak melawan enam permasalahan utama kulit berjerawat iaitu pertumbuhan jerawat itu sendiri, bintik hitam, bukaan besar liang roma, kulit kemerahan, kulit berminyak serta parut jerawat.



Pembersih muka Garnier Men Acno Fight pupur antijerawat enam dalam satu yang bertindak efektif dalam menghilangkan jerawat tetapi pada masa yang sama kewujudan manik mikronya bertindak lembut pada kulit wajah.

Antara bahan utama ialah beri biru yang dikeringkan dan dikisar bagi mengelakkan kemusnahan tisu bersel yang boleh membawa kepada kehilangan keberkesanannya.

Serbuk beri biru ini kemudiannya melalui proses rendaman sejuk yang ditapis dan disteril sebelum ekstrak jusnya dikumpulkan sebagai produk akhir.

Di samping itu, Garnier Men turut memperkenalkan berbuli Acno Fight antiparut & pembersihan jerawat yang dihasilkan dengan formula antibakteria bagi mengeringkan bahagian kulit wajah berjerawat serta merta.

Ia hanya perlu disapu pada kulit ataupun sekitar bahagian terbabit sebaik jerawat muncul dan dalam hanya lima jam, tanda kemerahan mula berkurangan dan jerawat akan mengecut dalam masa dua hari.

Produk terbaru Garnier Men Acno Fight pupur anti jerawat enam dalam satu ini boleh diperoleh bermula Ogos 2011 di semua pasar raya besar, farmasi dan kedai runcit seluruh negara pada harga RM7.90 untuk isian 50 mililiter dan RM14.90 bagi kandungan 100 mililiter.

Di samping itu, berbuli Garnier Men Acno Fight anti parut & pembersihan jerawat pula dijual pada harga RM18.90 untuk isian 15 mililiter.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails