SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, August 26, 2011

CARA KURANG KESAN PARUT JERAWAT



KULIT yang sihat tanpa sebarang cela pasti menjadi idaman setiap wanita terutama remaja. Tetapi tidak semua memiliki kulit sebegitu kerana kebanyakannya mempunyai pelbagai masalah dan paling utama ialah kesan parut jerawat.

Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku apabila meniti dewasa dan 56 peratus daripada remaja wanita mengeluh apabila jerawat meninggalkan kesan yang mengganggu penampilan harian mereka.
Malah, 80 peratus daripadanya mengesan pertumbuhan jerawat baru setiap hari ditambah pula dengan kewujudan bintik hitam pada kulit wajah.

Disebabkan itu, 42 peratus daripada remaja wanita ini menginginkan jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan masalah dihadapi dapat ditangani sewajarnya.


Ketidaksempurnaan, tompokan serta bintik hitam yang terhasil ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah serta meninggalkan kesan yang agak teruk pada kawasan bermasalah.


Bagi remaja wanita, kewujudan tanda berkenaan boleh mempengaruhi penampilan dan turut menyebabkan impak yang kuat terutama daripada segi psikologi.

Justeru, jenama penjagaan kecantikan Garnier memperkenalkan rangkaian produk terbaru bagi membantu mengurangkan masalah itu melalui formula terbaru PureActive.

Untuk mengurangkan kewujudan kesan akibat parut jerawat dan bintik hitam, produk perawatan menggunakan formula aktif terkini iaitu asid salicilyc dan pembaikan herba semula jadi amat diperlukan.

Asid salicilyc adalah bahan antibakteria aktif yang berkesan kerana ia membantu mengurangkan pengeluaran sebum bagi membantu menutup liang roma serta menghapuskan bakteria yang menyebabkan punca jerawat.

Pembaikan herba semula jadi dirumus daripada ekstrak beri biru bagi merangsang pertumbuhan semula sel dalam mempercepatkan serapan semula tanda yang tidak diingini pada wajah.

Pupur multi tindakan pula bertindak mengeluarkan bintik hitam dari akar kerana ia mengandungi ekstrak membaik pulih semula jadi bagi menghalang pembentukan tanda ketidaksempurnaan pada kulit wajah.

Selain itu, bebuli Pure Active pula hanya perlu disapu pada kulit ataupun sekitar bahagian bermasalah. Dalam masa lima jam, tanda kemerahan mula berkurangan dan tanda ketidaksempurnaan menghilang dalam masa dua hari penggunaan.

Rangkaian produk terbaru Garnier ini boleh didapati bermula September ini di beberapa cawangan terpilih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails