SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, August 1, 2011

ISU TUKAR JANTINA

Golongan ‘khunsa musykil’ atau mereka yang mengalami kecelaruan jantina perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Terengganu Khazan Che Mat berkata, kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.

"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.

"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails