Taktik mereka licik. Dengan memaparkan gambar seksi dan
menawan dalam laman sosial, dua beradik ini berusaha menjerat lelaki,
lebih-lebih lagi yang bergelar suami atau golongan berada untuk menampung
kehidupan mereka.
Mereka menjaja kisah hidup sedih semata-mata untuk
memerangkap mangsa, dengan seorang mendakwa ditinggalkan suami manakala seorang
lagi melahirkan anak luar nikah selepas kekasih enggan bertanggungjawab dan
melarikan diri.
Lelaki yang terperangkap akan ditawarkan pakej urut berahi
dengan bayaran tertentu. Jika tidak mahu menerimanya, urut biasa disediakan
asalkan berbayar.
Perbuatan tidak bermoral dua beradik itu didedahkan kepada
Metro Ahad oleh Azli, 36, yang berstatus suami dan nyaris menjadi mangsa
selepas berkenalan dengan mereka menerusi laman sosial.
“Saya cuma mahu berkawan, tapi lama-lama mereka mula
tunjukkan taring dan belang mereka,” kata Azli.
Menurut Azli, dua beradik itu yang memperkenalkan diri
mereka sebagai Liza, 27, dan Anis, 25, memang bijak meraih simpati daripada mangsa,
terutama golongan suami, dengan mendakwa terpaksa melakukan kerja urut itu
untuk menanggung anak serta bayi masing-masing selepas ditinggalkan pasangan.
No comments:
Post a Comment