Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka
biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan
ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.
Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri
orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting
kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.
Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali
sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah
untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.
Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin
dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.
“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai
bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali
kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.
No comments:
Post a Comment