Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di
sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan
selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik
asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7
malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan
separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia
awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan
pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar
menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun
gagal.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak
pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit
daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.
“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas
dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan
di kalangan pelajar lain.
“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan
mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki
dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke
asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.
Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan
terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu
membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika
bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.
No comments:
Post a Comment