BARU-BARU ini telah tersebar kontroversi mengenai isu klip
seorang pelakon baharu yang dikatakan beraksi di dunia maya dengan penuh
ghairah.
Pelakon yang terlibat dalam klip rakaman selama dua minit
itu ialah vokalis kumpulan terkenal One Nation Emcees, Shamimi Amalina
Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi.
Klip video tersebut pula dikatakan adalah salah satu babak
filem sulung lakonan Mimi berjudul Klip 3GP iaitu adegan ranjang yang terdapat
dalam filem terbitan Primeworks Studios itu yang turut membabitkan seorang lagi
pelakon filem itu iaitu Fikhree Bakar.
Klip video juga dikatakan telah tersebar luas bukan sahaja
di dalam negara malah sehingga ke negara jiran, Thailand.
Isu tersebut telah menjadi kontroversi yang mungkin sedikit
sebanyak membantu promosi filem ini secara tidak langsung.
Namun persoalannya, adakah penyebaran klip tersebut
merupakan gimik pihak penerbitan dalam merangka promosi filem itu?
Menjawab persoalan tersebut, Penerbit Eksekutif Primeworks
Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin menyangkal sama sekali penyebaran klip
tersebut adalah perbuatan Primeworks Studios dalam usaha mempromosi filem
baharu terbitan syarikat itu.
"Ini bukannya gimik dan sebenarnya kami sedang
menyiasat perkara tersebut. Memang ada di antara rakaman itu merupakan rakaman
dalam filem ini namun ada di antaranya merupakan rakaman yang tidak menjadi
yang tidak dipakai dalam filem ini.
"Namun, klip yang disebarkan itu telah ditokok tambah,
disunting dan digabungkan bersama klip lucah lain yang kami juga tidak tahu
dari mana sumbernya dan kononnya itu merupakan lakonan pelakon (Mimi) dalam
filem ini.
No comments:
Post a Comment