PENAMPILAN pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kisah
Kaisara, Wan Sharmila Wan Mohamed atau Wan Sharmila, 29, sering menarik
perhatian ramai. Lebih-lebih lagi selepas memegang status janda sejak dua tahun
lalu.
Berperwatakan lincah dan sentiasa ceria bagaikan cukup
sinonim dengan imej Wan.
Penampilan menggoda di majlis hiburan tidak kurang juga
menjadi bualan ramai.
SEKSI...cetus kontroversi di majlis peragaan pentas MASiF
2011.
SERIUS...Wan sebagai Shila dalam filem pertamanya Raya Tak
Jadi.
BAHAGIA...Wan Sharmila selesa dengan kehidupan dijalani
kini.
Dia muncul seksi menampakkan bahagian paha pada majlis
sidang media drama tarian, Tari Tirana.
Pemakaiannya di Majlis Anugerah Skrin dua tahun lalu diikuti
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 turut mengundang bualan ramai.
Terbaru, Wan dikatakan tampil mengenakan pakaian menjolok
mata pada Festival Antarabangsa Muzik, Seni dan Gaya 2011 (MASiF 2011) di ibu
negara pada minggu lalu.
Adakah Wan gemar mengenakan pakaian menarik perhatian ramai
setiap kali terbabit atau dijemput menjayakan pelbagai aktiviti seni?
“Setiap kali menghadiri majlis atau program seni saya
sentiasa memastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan konsep selain selesa dan
sedap mata memandang.
“Saya juga tahu batas dalam menggayakan pakaian. Bukan pakai
tangkap muat saja.
“Berbeza bagi program pertunjukan fesyen, kadang kala saya
diberi kebebasan untuk memilih pakaian yang hendak dipakai pada pertunjukan
berdasarkan perbincangan dengan pereka fesyen. Jika saya selesa dan bersetuju
mengenai jenis pakaian itu, baru saya akan memakainya,” katanya.
Pada masa sama, penampilan di layar perak nampaknya semakin membuahkan hasil.
Malah, dia berasa bangga dan bersyukur melihat sokongan penonton pada filem,
Raya Tak Jadi arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen yang mendapat sambutan
memberangsangkan apabila mencatatkan kutipan kasar RM3.1 juta selepas empat
hari ditayangkan.
Melakonkan watak Shila dalam percubaan pertama�nya di layar perak itu membuatkan
dirinya mula berasa seronok. Walaupun membawakan watak pembantu dan tidak
banyak cabaran yang dihadapi menerusi
filem terbitan Primeworks Studio yang turut dibinta�ngi pelakon dan pelawak
popular, Saiful Apek serta Johan Raja Lawak namun ia satu pengalaman yang cukup
bermakna buatnya.
Pengalaman terbabit dalam penggambaran filem berkenaan cukup
berbeza daripada drama.
Memandangkan perlu mempunyai persediaan yang cukup termasuk
membuat latihan sebelum memulakan setiap babak, penggambaran mengambil jangka
masa yang agak panjang.
“Cabaran besar yang saya hadapi apabila terpaksa berdepan
dengan dua pelakon yang asyik mahu buat orang ketawa dengan aksi dan lawak
jenaka mereka.
“Ini filem pertama saya. Boleh dikatakan ia juga sebagai
pengukur kemampuan untuk pergi lebih jauh di layar perak. “Tidak dinafikan saya
banyak membuat persediaan untuk terbabit dalam filem ini.
“Bukan hanya mengurang�kan
tawaran berlakon drama, malah memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap babak
lakonan.
“Alhamdulillah, selepas Raya Tak Jadi, saya diberi peluang
terbabit dalam filem seram, Syaitan Nirrojim juga di bawah terbitan Primeworks
Studio arahan Faizul.
“Filem berkenaan turut menampilkan Fizz Fairuz dan Nabila
Huda.
“Berbeza dengan watak Shila dalam filem kedua itu saya
dirasuk oleh kuasa jahat. Peluang membintangi filem memang sudah lama saya
nantikan.
“Jadi setiap tawaran yang hadir jika sesuai dengan watak dan
kena pada waktunya sudah pasti saya tidak akan tolak,” katanya.
Filem berkenaan mengisahkan Kamil dan Soraya yang terjerat
dengan amalan ilmu hitam akibat kesempitan hidup. Bagi memiliki kemewahan,
mereka sanggup bersekongkol dengan syaitan dengan melakukan perkara di luar
batasan agama dan norma hidup.
Bercerita lanjut mengenai sisi peribadi pula, Wan
memaklumkan dia selesa dengan kehidupannya kini.
Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami.
Bagaimanapun, buat masa ini dia belum memikirkan untuk
berkahwin lagi walaupun ada yang menunjukkan minat kepadanya.
No comments:
Post a Comment