Sebelum ini memang pernah SS bercerita mengenai perangai
pelakon jelita yang menimbulkan masalah dalam satu persembahan teater. Bukan
setakat selalu mencari masalah dengan pelakon lain, malah si pelakon yang kini
berstatus janda begitu sombong dan suka berlagak.
Tapi kali ini SS mendengar cerita dari satu sumber,
khabarnya pelakon yang begitu pandai berlakon meraih simpati ini sudah menjalin
hubungan dengan salah seorang pemuzik yang mengiringi pementasan teater
lakonannya itu.
Memang umum mengetahui hubungan dia dengan jejaka kacak
hingga menyebabkan perceraiannya, namun rupa-rupanya hubungan itu tidak
bertahan lama.
Sebabnya memang SS pun tak pasti, namun sumber yang
menyampaikan cerita ini mengesahkan hubungan itu tidak lagi semesra dulu kerana
kononnya pelakon janda itu sudah tidak tahan lagi menanggung teman lelakinya.
Kali ini ada pula orang yang ternampak pelakon tadi keluar
bersama dengan pemuzik. Nak kata si pemuzik tadi kaya raya, tidak juga kerana
setahu SS, pelakon tadi memang materialistik juga memandangkan perkahwinannya
dulu dengan seorang ahli perniagaan.
Menurut sumber SS lagi, pelakon tadi dilihat turun dari
kereta pemuzik itu bersama-sama ketika menghadiri sesi latihan pementasan
teater lakonannya di satu institut teater terkenal.
Lagak mereka memang mesra dan romantis persis pasangan
kekasih. Jelas sumber SS lagi, kejadian itu turut dilihat beberapa tenaga
produksi yang lain. Mung–kin juga si pelakon tadi sudah lebih menilai erti
cinta sebenar dan tidak lagi menjadikan isu kewangan atau hartanah seseorang
lelaki sebagai kriteria utama sebelum bercinta.
Namun bisik sumber SS lagi, jangan mudah percaya dengan
pelakon ini kerana katanya, dia memang terkenal dengan strategi jahatnya.
Maklumlah sebaik bercerai, khabarnya nama dan reputasi
pelakon itu bertambah busuk kerana bekas suaminya membongkar segala cerita
mengenainya.
Lantas kali ini tidak mustahil dia cuba merancang sesuatu
bagi memastikan nama dan reputasinya kembali pulih.
No comments:
Post a Comment