Siapa sangka, filem yang menerima pelbagai kritikan dan
pandangan negatif daripada pelbagai pihak sebelum ianya ditayangkan lagi iaitu
Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan RM7 juta hanya melalui tayangan di
pawagam. Nyata, sambutan filem hasil buah tangan pertama Namewee ini begitu
mengalakkan.
Menurut Namewee, selama ini dia memang menaruh harapan yang
tinggi pada filem pertamanya itu, namun dia tidak menyangka sambutannya akan
menjadi begitu baik. Namewee juga melahirkan rasa gembira kerana filem Nasi
Lemak 2.0 bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan semua kaum di Malaysia.
Jangan tidak tahu bahawa baru-baru ini, filem Nasi Lemak 2.0
arahan Namewee itu juga telah dipilih sebagai Tayangan Rasmi untuk festival
filem termashyur di dunia iaitu Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan ini
merupakan sesuatu yang jarang (malah tak pernah kot) berlaku bagi sebuah filem
Malaysia.
Dengan ini, kami di ingin ucapkan tahinah kepada Namewee dan
juga pihak produksi diatas pencapaian yang boleh dikatakan sangat membanggakan
ini. Tahniah juga kepada para pelakon yang terlibat. Semoga terus menghasilkan
filem yang bermutu dan mampu memartabatkan industri perfileman Malaysia.
No comments:
Post a Comment