KELAB WANITA CANTIK
PRETTY WOMEN CLUB
Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet
dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women
Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan
teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.
Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia
19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu
menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari
sesiapa saja.
Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih
nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan
jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau
bapa ayam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian,
Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul
Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik
adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan
lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral
itu.
No comments:
Post a Comment