MACAM-MACAM dilakukan manusia demi kepenti–ngan diri
sendiri. SS pernah dengar pengarah memberi janji manis kepada gadis jelita yang
ingin menjadi pelakon tapi ada syaratnya. Faham-faham sajalah syaratnya kalau
pengarah lelaki dan seorang lagi gadis cantik.
Tapi SS tidak sangka pula artis baru ini pasang strategi
untuk mencari peluang dengan gadis yang bercita-cita menjadi artis. Kalau SS
sebut namanya, memang dia belum dikenali tetapi sudah berlakon beberapa filem
sebagai pelakon tambahan saja.
Apa yang menarik perhatian SS, dia cuba mencari mangsanya
melalui laman sosial facebook. Apabila sudah menjadi rakan, mereka pun
bersembang melalui alam maya.
Artis baru lelaki ini pun beri janji manis jika rakannya itu
ingin jadi pelakon. Katanya, dia kenal ramai wartawan hiburan dan boleh tolong
bawa berjumpa mereka untuk mendapatkan publisiti.
Katanya, apabila wajah dan ceritanya keluar majalah atau
akhbar, mudahlah mendapat tawaran berlakon dari produser dan pengarah.
Apa lagi, gadis manis yang memang memasang impian menjadi
artis, bersetuju de–ngan tawaran baik rakannya itu. Hakikatnya, mereka tidak
pernah kenal, hanya berkenalan melalui facebook.
Apabila ceritanya keluar majalah, gadis itu pun ucap terima
kasih kepada pelakon lelaki ini atas jasa baiknya memperkenalkannya kepada
wartawan.
Tapi apa yang mengejutkan gadis itu apabila mendengar
jawapan daripada pelakon lelaki itu. Katanya, takkan terima kasih saja. Tambah
membuatkan gadis itu terkejut apabila mendengar tawaran pelakon lelaki itu
mengajaknya datang ke rumahnya kerana dia boleh beri perkhidmatan yang lebih
baik. Memang dasar gatal!
Kata gadis itu, kalau bergurau pun janganlah sampai begitu
sekali hingga membuatkan dirinya kurang selesa untuk terus berkawan dengannya.
No comments:
Post a Comment