Wednesday, October 19, 2011

ARTIS MALAYSIA GATAL 2011


MACAM-MACAM dilakukan manusia demi kepenti–ngan diri sendiri. SS pernah dengar pengarah memberi janji manis kepada gadis jelita yang ingin menjadi pelakon tapi ada syaratnya. Faham-faham sajalah syaratnya kalau pengarah lelaki dan seorang lagi gadis cantik.

Tapi SS tidak sangka pula artis baru ini pasang strategi untuk mencari peluang dengan gadis yang bercita-cita menjadi artis. Kalau SS sebut namanya, memang dia belum dikenali tetapi sudah berlakon beberapa filem sebagai pelakon tambahan saja.
Apa yang menarik perhatian SS, dia cuba mencari mangsanya melalui laman sosial facebook. Apabila sudah menjadi rakan, mereka pun bersembang melalui alam maya.

Artis baru lelaki ini pun beri janji manis jika rakannya itu ingin jadi pelakon. Katanya, dia kenal ramai wartawan hiburan dan boleh tolong bawa berjumpa mereka untuk mendapatkan publisiti.



Katanya, apabila wajah dan ceritanya keluar majalah atau akhbar, mudahlah mendapat tawaran berlakon dari produser dan pengarah.



Apa lagi, gadis manis yang memang memasang impian menjadi artis, bersetuju de–ngan tawaran baik rakannya itu. Hakikatnya, mereka tidak pernah kenal, hanya berkenalan melalui facebook.

Apabila ceritanya keluar majalah, gadis itu pun ucap terima kasih kepada pelakon lelaki ini atas jasa baiknya memperkenalkannya kepada wartawan.

Tapi apa yang mengejutkan gadis itu apabila mendengar jawapan daripada pelakon lelaki itu. Katanya, takkan terima kasih saja. Tambah membuatkan gadis itu terkejut apabila mendengar tawaran pelakon lelaki itu mengajaknya datang ke rumahnya kerana dia boleh beri perkhidmatan yang lebih baik. Memang dasar gatal!

Kata gadis itu, kalau bergurau pun janganlah sampai begitu sekali hingga membuatkan dirinya kurang selesa untuk terus berkawan dengannya.

No comments:

Post a Comment