Kepada
penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan
berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera
sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan
seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini
setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali
sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan
wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA
yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak
memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati
selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan
sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
No comments:
Post a Comment