Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang
lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya
menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru
di sini, tengah malam kelmarin.
Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu
menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di
sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.
Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang
baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai
sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air
berkenaan.
“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang
puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu
letupan kuat berlaku.
“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh
mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.
No comments:
Post a Comment