Sunday, October 9, 2011

GAMBAR SEKSI DAN BERAHI



Taktik mereka licik. Dengan memaparkan gambar seksi dan menawan dalam laman sosial, dua beradik ini berusaha menjerat lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami atau golongan berada untuk menampung kehidupan mereka.

Mereka menjaja kisah hidup sedih semata-mata untuk memerangkap mangsa, dengan seorang mendakwa ditinggalkan suami manakala seorang lagi melahirkan anak luar nikah selepas kekasih enggan bertanggungjawab dan melarikan diri.

Lelaki yang terperangkap akan ditawarkan pakej urut berahi dengan bayaran tertentu. Jika tidak mahu menerimanya, urut biasa disediakan asalkan berbayar.

Perbuatan tidak bermoral dua beradik itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh Azli, 36, yang berstatus suami dan nyaris menjadi mangsa selepas berkenalan dengan mereka menerusi laman sosial.


“Saya cuma mahu berkawan, tapi lama-lama mereka mula tunjukkan taring dan belang mereka,” kata Azli.


Menurut Azli, dua beradik itu yang memperkenalkan diri mereka sebagai Liza, 27, dan Anis, 25, memang bijak meraih simpati daripada mangsa, terutama golongan suami, dengan mendakwa terpaksa melakukan kerja urut itu untuk menanggung anak serta bayi masing-masing selepas ditinggalkan pasangan.

No comments:

Post a Comment