SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, August 5, 2011

USTAZ MENGHIRIS KEPALA PELAJAR

Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.

Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.

Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails