SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, August 1, 2011

MUKA DISIMBAH ASID


Seorang pemuda Iran terlepas daripada hukuman matanya dibutakan selepas perbuatannya mencurah asid ke muka pelajar wanita diampunkan mangsa, semalam, lapor laman web televisyen kerajaan.
“Oleh kerana mangsa serangan asid, Ameneh Bahrami, mengemukakan permohonan, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas (balasan setimpal dengan perbuatan) diampunkan pada saat akhir selepas mangsa memutuskan untuk memaafkannya,” menurut laporan itu.

Majid dijatuhkan hukuman dibutakan matanya pada 2009 selepas didapati bersalah melemparkan asid ke muka rakan sekuliah di universitinya, Ameneh.

Majid bertindak melampaui batas selepas Ameneh berulang kali menolak lamarannya untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Pada pertengahan Mei lalu, mahkamah mengarahkan hukuman membutakan Majid ditangguhkan tanpa sebarang alasan rasmi diberikan kepada umum.

Ameneh memberitahu agensi berita ISNA yang beliau mengampunkan penyerangnya kerana ‘Allah bercakap mengenai qisas dalam al- Quran tetapi Dia juga menyarankan pengampunan’ dan tindakan itu lebih mulia berbanding qisas.
“Saya bertungkus lumus selama tujuh tahun untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa orang yang mencurah asid perlu dihukum menerusi qisas, tetapi hari ini saya mengampunkan Majid kerana ini adalah hak saya.

“Saya lakukan ini kerana negara saya, kerana negara lain melihat apa yang kami lakukan,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails