SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, August 1, 2011

SOSEJ BABI

Kementerian Kesihatan akan mengambil sampel sosej tanpa jenama yang didakwa mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di Wilayah Utara, untuk diuji kesahihan dakwaan itu.
Difahamkan, produk sejuk beku itu yang dibawa masuk secara haram dari Thailand itu kebanyakan dibeli oleh peruncit termasuk penjaja kecil dan dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi di Perlis berikutan harganya yang jauh lebih murah daripada sosej yang dijual di pasaran tempatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat dakwaan itu selain mengambil sampel sosej terbabit untuk diuji bagi mengetahui kesahihannya.

"Kementerian memandang serius perkara ini kerana kita bimbang kemasukan produk sejuk beku haram dari Thailand tanpa sijil halal selain kelulusan Kementerian Kesihatan akan memudaratkan orang ramai selain ia membabitkan sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Kita mahu semua pihak khususnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan sosej atau produk sejuk beku yang diragui tahap keselamatan dan kandungannya supaya melaporkan perkara itu ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membolehkan tindakan segera diambil," katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya Puteri UMNO dan Projek Puteri Prihatin Wilayah Utara di sini, semalam.

Isu lambakan sosej tanpa jenama dari Thailand yang diragui status halal, kandungan dan tahap kebersihannya itu dipercayai sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan tindakan sudah diambil.
Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sudah mengambil tujuh sampel sosej yang dijual di tepi jalan di sekitar Kampung Sungai Baru, Sanglang untuk diuji bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO, mengingatkan ahli Puteri supaya tidak menjadikan pergerakan ini sebagai landasan untuk mencari populariti selain perlu mengikis imej yang mampu mencalar imej sayap parti terbabit.

"Kalau rasa hendak popular lebih baik jadi artis... kerana Puteri adalah pergerakan politik yang bergerak atas landasan memperjuangkan matlamat parti dan ini bukan masa untuk kita mencari publisiti semata-mata.

"Puteri harus bangkit sebagai sayap yang mampu menyumbang sesuatu yang bermanfaat untuk parti. Justeru, keazaman itu harus dibuktikan dengan kerja keras jentera kita bagi membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails