SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, August 1, 2011

PIALA DUNIA 2014 : SEPANYOL VS PERANCIS

England harus layak ke pusingan akhir Piala Dunia andai berpandu kepada tuah undian, awal pagi semalam, namun, juara dunia, Sepanyol ‘menerima gegaran’ dalam usaha mempertahankan mahkota apabila diundi sekumpulan dengan juara 1998, Perancis.
Apa pun, sedikit tarikan kepada peminat Malaysia ‘dalam bentuk kecewa’ adalah apabila mendengar Singapura - barisan yang menewaskan Harimau Malaya dalam pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu diundi dalam Kumpulan A, zon Asia menentang China, Jordan dan Iraq.

Undian Piala Dunia 2014 bagi edisi ke-20 itu dilakukan 91 tahun selepas final pertama yang menyaksikan Uruguay muncul juara.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter merasmikan majlis berkenaan di Marina, tidak jauh dari pantai Copacabana dan berkata;
“Brazil adalah tempat istimewa dalam dunia bola sepak. Kami gembira kembali ke sini selepas 61 tahun.”

Secara keseluruhan, kira-kira 200 negara melalui 824 perlawanan kelayakan untuk memburu 32 tempat terakhir. Kali terakhir Amerika Selatan menjadi hos adalah di Argentina pada 1978.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails