SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, August 10, 2011

CARLOS TEVES MENERIMA PADAH



MANCHESTER - Carlos Tevez kembali ke tempat yang disifatkannya sebagai 'menyeksakan', Manchester City untuk melapor diri namun dijangka menerima padah dilucutkan lilitan kaptennya dan diserahkan kepada Vincent Kompany.

Tevez tiba di gelanggang latihan City dibenarkan bercuti selama tiga minggu oleh pengurus, Roberto Mancini selepas berakhirnya Copa America.

Memandangkan peluang penyerang Argentina itu meninggalkan City semakin pudar, Mancini memberitahunya dia akan beraksi dalam perlawanan pertama Liga Perdana bertemu Swansea di Etihad, Isnin depan sekiranya dia dapat membuktikan kecergasannya minggu ini.

Sumber dalaman City menjangkakan Mancini akan memecat Tevez selaku ketua pasukan dan digantikan dengan bek tengah, Kompany, yang menjadi pilihan rakan-rakan sepasukan dan majoriti peminat City yang sudah mual dengan karenah Tevez.

Peluang terakhir Tevez ialah ke Inter Milan namun City masih tidak menerima sebarang bidaan rasmi yang melibatkan tawaran tunai atau termasuk pertukaran membabitkan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o.

Difahamkan Inter perlu menjual pemain sebelum mereka boleh membuat sebarang pelaburan baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails