BARCELONA - Cesc Fabregas mendedahkan dia meninggalkan Arsenal kerana tidak mahu membiarkan dirinya berkarat di kelab itu.
Bintang Sepanyol itu menyertai Barcelona dalam perjanjian bernilai 40 juta pound (RM197 juta) minggu lalu.
"Saya sedikit berkarat, saya perlukan perubahan. Perkara paling mudah ialah terus menetap di Arsenal, bermain setiap perlawanan.
"Kami juga sentiasa beraksi dalam Liga Juara-Juara, sentiasa mencabar kejuaraan.
"Namun saya perlukan satu motivasi untuk menyerlahkan kebolehan sebenar yang terpendam dalam diri saya," katanya.
Fabregas, 24, akan bersaing dengan Xavi, Andres Iniesta dan Thiago Alcantara bagi mengisi posisi barisan tengah di Nou Camp.
Tambahnya: "Mungkin ini waktu yang tidak sesuai untuk kembali ke Barca berikutan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama begitu sengit.
"Namun saya perlukan cabaran baru dalam hidup."
Penampilan Fabregas dalam La Liga tertangguh ekoran mogok yang dilancarkan kesatuan pemain liga tersebut berhubung isu jaminan pembayaran gaji pemain.
Kesemua aksi pembukaan minggu ini ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment