SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, August 19, 2011

TAN SRI TONY FERNANDES MILIK OUEENS PARK RANGERS



Ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes disahkan sebagai pemilik baru kelab Queens Park Rangers, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.

Tony, pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, memastikan pengambilalihan itu selepas memegang 66 peratus saham kelab barat London yang baru naik divisyen itu daripada pemegang saham terdahulu, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.


Dalam satu kenyataan, usahawan berusia 47 tahun itu, juga prinsipal pasukan Formula Satu, Team Lotus, akan bekerjasama bersama keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham di kelab itu.

Tony, yang menganggap dirinya sebagai seorang penyokong West Ham United dalam statusnya di akaun laman web sosial Twitter berkata, beliau sudah lama “berminat” dengan QPR, yang dianggapnya sebagai satu “berlian mentah”.


“Setiap orang tahu saya mengikuti perkembangan West Ham sepanjang hidup saya, tapi sejak kecil saya sudah meminati QPR,” kata Tony.


“Rangers adalah satu daripada pasukan pertama yang saya saksikan ketika kanak-kanak di Loftus Road.

“Saya sering mahu membabitkan diri dalam bola sepak dan meminati sebuah kelab London, seperti QPR dan ia sesuatu yang terlalu bagus untuk ditolak.


“Agak lucu apabila melihat perubahan hidup ini. Kadang-kadang ia melepasi satu pusingan.


“QPR adalah berlian mentah dan harapnya saya boleh menyumbang untuk mengubahnya menjadi sebutir berlian yang bernilai tinggi.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails