SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, August 13, 2011

SPRM MENYIASAT TAIB MAHMUD : ISU RASUAH


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.


“Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini,”  katanya kepada wartawan pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di sini hari ini.


Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

 Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails