SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, August 19, 2011

JOSE MOURINHO CUBIT PIPI PENOLONG JURULATIH BARCA



Pemain pertaha- nan Barcelona, Gerard Pique menuduh jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho sebagai perosak bola sepak Sepanyol.

Kenyataan itu dibuat Pique selepas aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp awal pagi semalam yang menyaksikan tiga pemain di- layangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas berlakunya pergaduhan.

“Mourinho telah merosakkan bola sepak Sepanyol. Semua mencari siapa pesalah dalam insiden ini. Ia ada di Madrid.

“Seseorang perlu mendapatkan semula video rakaman kejadian, lakukan analisis dan beritahu siapa yang harus dipersalahkan,” kata Pique.

Aksi panas telah berterusan sepanjang lima aksi el clasico pada musim lalu, sekali gus meningkatkan lagi permusuhan kedua-dua pasukan.

Bagi Pique, para pemain Real telah beraksi secara terlalu agre- sif.

“Saya sangat berharap semua orang berbicara tentang kehebatan perlawanan ini dan bukannya tentang keadaan huru-hara yang berlaku ini.

“Ini bukan pertama kali ia berlaku. Ia sentiasa melibatkan indi- vidu yang sama. Seseorang perlu tampil untuk menyelesaikan masalah ini,” jelas Pique.

Insiden panas itu bermula apabila Marcelo melakukan terjahan keras terhadap pemain gantian Barcelona, Cesc Fabregas pada penghujung perlawanan, sekali gus menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan termasuk di bangku simpanan bergaduh.

Sewaktu pergaduhan itu juga, kelihatan Mourinho menyusup di belakang penolong jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dan mencubit pipinya.

“Saya telah berlaku sopan keti- ka insiden itu dan bertindak seba- gai seorang lelaki dengan tidak pergi ke arah sana. Saya tidak tahu Vilanova itu siapa,” katanya.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pula berkata: “Rakaman televisyen telah menceritakan segalanya. Ia akan menjadi lebih teruk jika tidak dihentikan segera.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails