Penemuan mayat seorang wanita berpakaian lengkap berusia 41 tahun, dipercayai dibunuh sebelum dicampak ke dalam longkang di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Lipis, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila seluar dalamnya ditemui tersangkut di ranting pokok berhampiran tempat mayatnya ditemui, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mayat Zainab Che Kob, 41, dari Kampung Tanah Puteh, di sini, ditemui suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30, selepas 13 jam mangsa menghilangkan diri.
Ibu kepada 12 anak itu dikatakan keluar dari rumah dengan berjalan kaki seorang diri sejak jam 8 malam, Khamis lalu selepas dikatakan merajuk kerana suaminya tidak memberinya wang RM100 seperti diminta.
Menurut Khiri Zam, dia mencari isterinya sejak Khamis lalu tetapi gagal sebelum mencarinya semula awal pagi kelmarin di sekitar kampung dan bandar Gua Musang.
Katanya, ketika menunggang motosikal, dia ternampak selipar dipakai isterinya di tepi jalan dan memberhentikan motosikal.
“Saya tidak sedap hati apabila menemui selipar dipakai arwah di tepi jalan. Saya terus mencarinya dan menemui mayatnya terbujur di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala.
“Saya baru mendirikan rumah tangga dengan arwah sejak April lalu dan tiga daripada 12 anak arwah hasil perkahwinan dengan suami dulu juga tinggal bersama saya, manakala yang lain tinggal di tempat lain. Tak sangka kami terpisah buat selama-lamanya,” katanya.
Khiri Zam mengakui arwah berperangai pelik sejak pagi Khamis lalu apabila berpuasa separuh hari saja sebelum merajuk dan keluar dari rumah, jam 8 malam tanpa memberitahu arah tujuannya.
Al-fatihah,semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
ReplyDelete