SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, January 25, 2011

BAHASA GAUL


Selepas kuliah Keterampilan Penulis tamat pada pukul 2 petang, saya pergi ke BHL Komputer untuk membeli CD. Ini adalah perbualan saya dengan pelayan kedai tersebut. Situasinya :

Pekerja: U nak cari ape?
Saya : Saya nak beli CD. Berapa 1 keping?
Pekerja : ermm..1 keping one ringit.
Saya : Boleh kurang ke?
Pekerja : No, ini sudah kurang ma.
Saya : Saya nak beli 5 keping.
Pekerja : Ok. 5 keping five ringgit.
Selepas itu, saya mengeluarkan duit untuk membayar.
Pekerja : Thank you, dating lagi ya.
Saya : Sama-sama.

Komen :
Dewasa ini, gelaja inilah yang berlaku di Malaysia. Rakyat di negara kita mencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Budaya ini ibarat luka yang semakin parah sehingga sukar untuk dibendung. Kita sebagai guru harus sedaya upaya membendung masalah ini agar perkara ini tidak berlarutan pada masa akan datang. Kalau hendak menggunakan bahasa Inggeris, gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya untuk berkomunikasi antara satu sama lain begitu juga sebaliknya. Jika perkara ini dapat diamalkan oleh kita terutamanya rakyat Malaysia, maka matlamat untuk mencapai penggunaan bahasa Melayu Baku dapat dicapai serta meningkatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mata dunia.

Sunday, January 23, 2011

Buffered Earnings


Saya mendapat Buffered Earnings. Jasa tuan/puan encik/cik amat perlukan. Terima Kasih

Wednesday, January 19, 2011

CARA MUAT TURUN MAKLUMAT DARI SCRIBD

GAMBAR HIASAN
(HARGA TOKEK MELAMBUNG TINGGI)

Pasti anda sudah kenal akan scribd.com?! Salah satu web (terbesar:D) yang menyediakan pelbagai jenis buku ataupun dokumen dalam bentuk PDF, DOC, XLS, dan lain-lain ini memang menyediakan fitur viewer, print, download. Namun hanya orang-orang yang terdaftar-lah yang di’izinkan’ untuk mendownload dokumen di scribd.com. Kita juga turut disuruh membayar jika kita ingin muat turun maklumat kan??

Memang lah, untuk mendaftar di scribd.com susah. Tapi, bagi orang-orang yang pemalas seperti saya ini pasti tidak mahu yang rumit-rumit. Apalagi untuk mendaftar

Langkah singkat ini akan membahas tentang hal itu

OK, langsung saja bagi awak yang ingin download maklumat di scribd.com tanpa daftar,

1. Buka http://scribd.com/mobile

2. Copy-kan judul file yang ingin awak download pada kolom search.

3. Kalau filenya sudah muncul tekan Download Now

Sunday, January 16, 2011

KEMAHIRAN PENGUKUHAN

KADANGKALA DIKENALI DENGAN PENEGUHAN;

PENTING UNTUK MEMUPUK DAN MENGEKALKAN SIKAP POSITIF DALAM KALANGAN PELAJAR;

PENGGUNAAN PERKATAAN YANG BOLEH MENJATUHKAN AIR MUKA PELAJAR AKAN MEMBERI KESAN YANG NEGATIF.

PELAJAR BERASA SERONOK KERANA MEREKA TELAH BERJAYA DALAM PELAJARAN;

SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR AKAN MENINGKAT;

HUBUNGAN GURU-PELAJAR MENJADI BERTAMBAH BAIK; DAN

MEMBERI KESAN POSITIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

TUNJUKKAN TINGKAH LAKU DAN AIR MUKA YANG POSITIF KETIKA MELAKUKAN PENGUKUHAN;

BENTUK PENGUKUHAN PERLU DIPELBAGAIKAN DARI MASA KE MASA;

PENGUKUHAN YANG POSITIF LEBIH BERKESAN DARIPADA PENGUKUHAN YANG NEGATIF;

PENGUKUHAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU HENDAKLAH SELARAS DENGAN PERINGKAT UMUR, KEMAMPUAN, JANTINA DAN KEDUDUKAN SOSIAL PELAJAR; DAN

GURU PERLU BERSIKAP JUJUR.

PENGUKUHAN MELALUI BAHASA – CONTOH PERKATAAN YANG KERAP DIGUNAKAN IALAH `BAGUS’, `YA, BETUL’ DAN SEBAGAINYA;

PENGUKUHAN ISYARAT (GESTURE) – GERAKAN-GERAKAN BADAN TERTENTU SEBAGAI PENGGALAK KEPADA TINGKAH LAKU PELAJAR. CONTOHNYA, MENGANGGUK-ANGGUKKAN KEPALA, SENYUMAN, BERTEPUK TANGAN DLL.

PENGUKUHAN SENTUHAN – GURU MENYENTUH BELAKANG PELAJAR UNTUK MENGUCAPKAN TAHNIAH (TIDAK SESUAI UNTUK PELAJAR DEWASA ATAU BERLAINAN JANTINA);

PENGUKUHAN BERAKTIVITI – GURU MEMBERI AKTIVITI YANG DISUKAI PELAJAR ATAU MEMBENARKAN PELAJAR `REHAT LIMA MINIT’ SELEPAS MENYELESAIKAN AKTIVITI YANG BERAT.

PENGUKUHAN KIU VERBALTAMBAHAN - CONTOHNYA GURU MENYEBUT `AHA’, `HA AH’, `TERUSKAN’, `CUBA FIKIR SEMULA’ DLL.

PENGUKUHAN DENGAN CARA MENGHAMPIRI PELAJAR – GURU MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP KEMAJUAN PELAJAR DENGAN MENDEKATI MEREKA, BERDIRI ATAU DUDUK DI SEBELAH PELAJAR DLL.

MENULIS JAWAPAN PELAJAR DI PAPAN HITAM – HAL INI MENGGALAKKAN PELAJAR BERTINDAK BALAS;

PENGUKUHAN BERTULIS – MEMBERI KOMEN PADA TUGASAN, MEMBERI MARKAH, MENGGUNAKAN CARTA KEMAJUAN DLL.

PENGUKUHAN VERBAL YANG NEGATIF – PENGGUNAAN PERKATAAN `SALAH’, ‘TIDAK’, `TIDAK BETUL’, `HANTIKAN’, `TAK MASUK AKAL’, `MENGARUT’ DLL.

PENGUKUHAN BUKAN VERBAL YANG NEGATIF – SEPERTI MENGGELENG-GELENGKAN KEPALA, MENJEGIL, MENCEBIK BIBIR, MENGHENTAK KAKI, MENGHEMPAS BUKU DI ATAS MEJA, KELUAR MENINGGALKAN PELAJAR (MERAJUK), MENDENDA PELAJAR DENGAN MENYURUH PELAJAR BERDIRI DLL.

LANGSUNG TIDAK ADA PENGUKUHAN PADA MASA YANG SEPATUTNYA PENGUKUHAN DIBERI.

PENGUKUHAN YANG SAMA PADA SETIAP KALI PENGUKUHAN DIBERI;

PENGUKUHAN YANG TIDAK KENA PADA TEMPATNYA.

Friday, January 14, 2011

KARYA AGUNG

Bustan al-Katibin:

Bustan al-Katibin merupakan sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.

Cerita Jenaka Melayu:

Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita. Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.

Cerita Lipur Lara:

Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang Melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipur lara dengan iringan gesekan rebab dan ketukan belanga atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.

Hikayat Abdullah:

Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik & budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah).

Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran & kepercayaan lama yg tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan genre autobiografi & genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.

Hikayat Aceh:

Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah & kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar & kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan & pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.

Hikayat Hang Tuah:

Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”v

Hikayat Inderaputra:

Sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran Ilahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.

Hikayat Merong Mahawangsa:

Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain.

Hikayat Panji Jayeng Kusuma:

Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.

Hikayat Raja Pasai:

Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.

Pantun Melayu – Bingkisan Permata:

Karya ini menghimpunkan 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis & bentuk pantun, yang meliputi tema & isi yang luas & pelbagai. Edisi ini juga menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.

Sulalat as-Salatin:

Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang “diperbuatkan perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya” . Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

Syair Ken Tambuhan:

Selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makasar. Sebuah Cerita Panji yang dikarang dalam bentuk syair ini mengisahkan kisah percintaan & pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan Raden Galuh Candera Kirana. Walaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa, temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan tahun lamanya.

Tuhfat an-Nafis:

Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.

Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut:

Dipercayai sebagai naskhah undang-undang Melayu tertua setakat ini dan belum pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Dipercayai digubah pada zaman pemerintahan sultan Melaka pada abad ke-15 sebagai usaha mensistematikkan segala peraturan yang diamalkan kerajaan Melaka. Undang-undang ini menjadi acuan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain untuk menggubal undang-undang negeri masing-masing, misalnya Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Patani, Undang-undang Johor & Hukum Kanun Brunei.

KONSEP 5P DALAM KBSR

Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.

0.1 PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN

Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan.

Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran.

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.

Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

0.2 PENYERAPAN PENGETAHUAN

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.

Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.

0.3 PENYERAPAN NILAI MURNI

Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.

Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

NILAI

CONTOH

Baik hati

1. Belas kasihan

2. Bertimbang rasa

3. Murah hati

4. Saling memahami

5. Sedia memaafkan

Berdikari

1. Bertanggungjawab

2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain

3. Jaya diri

4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi

1. Kesopanan

2. Mengaku kesalahan sendiri

3. Ramah mesra

Hormat-menghormati

1. Hormat kepada ibu bapa

2. Hormat kepada orang yang lebih tua

3. Taat kepada raja dan Negara

4. Hormat kepadda hak asasi

5. Hormat kepada undang-undang

6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang

1. Sayang kepada nyawa

2. Sayang kepada alam sekeliling

3. Cinta kepada Negara

4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

Keadilan

1. Bertindak adil

2. Sentiasa saksama

Kebebasan

1. Kebebasan di sisi undang-undang

2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian

1. Berani dengan tidak membuta tuli

2. Berani kerana benar

3. Berani mempertahankan kebenaran

4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal dan mental

1. Kebersihan diri

2. Kebersihan persekitaran

3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran

1. Bersifat amanah

2. Bercakap benar

3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan

1. Cekal

2. Daya usaha

3. Dedikasi

4. Gigih

5. Tekun

Kerjasama

1. Persaudaraan

2. Tanggungjawab bersama

3. Gotong-royong

4. Toleransi

5. Kebaikan bersama

6. Perpaduan

Kesederhanaan

1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain

2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran

1. Berterima kasih

2. Mengenang budi

3. Menghargai

Rasional

1. Boleh membuat pertimbangan

2. Boleh membuat penaakulan

3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat bermasyarakat

1. Bermuafakat

2. Kejiranan

3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat kewarganegaraan

1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia

2. Bersemangat patriotik

3. Berusaha ddan produktif

0.4 PEMULIHAN

Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).

Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

0.5 PENGAYAAN

Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.

Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails