TITIK PEMIKIRAN
INFO TERKINI
Thursday, May 15, 2014
Wednesday, May 14, 2014
KETUA PEMBANGKANG RETAK TANGAN
Kuala Lumpur: Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keretakan di tangan kanan,
berdekatan bahu apabila kereta yang dinaiki bersama isteri Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dan dua lagi, terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas,
di sini kira-kira jam 10 malam tadi.
Pengarah Komunikasi PKR
Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua mereka dalam keadaan selamat dan dirawat
sebagai pesakit luar di Hospital Pakar Damansara.
“Sebelum kejadian
mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama keluarga,”
katanya.
Difahamkan kejadian
berlaku berpunca daripada sebuah kereta yang tidak menyedari laluan di lokasi
kejadian berubah dan secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar
bersama empat lagi penumpang lain.
ANWAR IBRAHIM KEMALANGAN

Monday, May 12, 2014
ARTIS MALAYSIA MEROYAN
Sikap seorang artis popular ini makin
hari makin memualkan. Kononnya dia hendak menegakkan kebenaran dan ingin
bersikap positif dan ikhlas, tetapi gaya dan personalitinya langsung tak
menunjukkan keperibadiannya.
Baru-baru ini artis ini meroyan di laman sosialnya kerana terasa selepas
disindir seorang lagi artis. Bukan main lagi cara dia meletak status laman
sosial, hipokrit dan sangat bermuka-muka.
Peminat pula bukan main menyokong tindakannya macam sudah betul-betul kenal
siapa sebenarnya artis kesayangan mereka itu sedangkan orang dalam industri
hiburan sudah masak dengan perangai dan latar belakang si artis ini tadi.
Kalau meroyan sesekali tidak mengapa, tapi SS lihat artis itu naik hantu dan tidak henti-henti meletak status menyindir. Tapi sesekali, bukan main dia mengaburi mata peminat dengan kata-kata positif dan puji-pujian menggunakan agama.

Paling SS pelik, peminat seperti tidak sedar dan tak nampak perangai dan gaya hipokrit yang cuba dia lakukan.
Kalau betul artis ini baik, berada di liga tersendiri dan langsung tidak terancam dengan mana-mana artis, kenapa mesti cepat melatah dan naik hantu kalau diusik?
Patutnya senyap dan biarkan apa berlaku kerana itu bukan taraf dia untuk melayan.
Kelakarnya, dia lagi lebih meroyan dan naik hantu sampai meletakkan status yang bukan-bukan di laman sosial membuatkan peminat terus menjatuh hukum dan melaga-lagakan dengan artis lain.
Pada SS, jika betul kamu hebat dan taraf lebih tinggi daripada orang lain, buktikan dan jangan setakat bergaya dengan pakaian dan barangan mewah saja. Perangai, sikap dan personaliti itu sendiri menggambarkan diri dan bukannya pada luaran semata-mata.
Janganlah cepat hanyut dengan kata-kata pujian peminat di laman sosial kerana itu hanya sebahagian kecil saja ujian buat anda kerana lambat-laun nanti, diri sendiri yang menyesal. Industri hiburan kita pun bukannya besar sangat untuk kita merasakan diri sendiri saja hebat.
SS: Kelakar tengok gaya seorang selebriti wanita terkenal yang suka bergaya mewah di laman sosial, tapi sebenarnya semua itu bukan milik sendiri. Baik pakai barang murah asalkan semuanya SS beli dengan duit sendiri.
MANCHESTER CITY JUARA MUSIM 2013/2014
Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam
tiga tahun selepas menewaskan West Ham United 2-0 di Stadium Etihad, malam
tadi.
City
yang hanya perlu seri menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata berbanding
Liverpool yang turut menutup kempen 2013/14 dengan kemenangan 2-1 ke atas
Newcastle United yang bermain dengan sembilan orang.
Samir
Nasri meletakkan City di depan hasil jaringan pada minit ke-39 sebelum kapten
pasukan, Vincent Kompany melengkapkan malam gemilang Citizens menerusi tolakan
mudah ke gawang West Ham pada minit ke-48.
Kemenangan
ini menyaksikan City menjaringkan sebanyak 102 gol musim ini dan hanya
kekurangan satu gol untuk menyamakan rekod Chelsea pada musim 2009/10.
Foto
PEMAIN
Manchester City meraikan kemenangan liga. FOTO EPA
Warga
Chille Manuel Pellegrini juga adalah pengurus pertama dari luar Eropah yang
berjaya membimbing pasukannya ke takhta EPL.
Di
Anfield, suasana diam seketika apabila Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri
pada babak pertama tetapi Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan anak
buah Brendan Rodgers itu muncul naib juara Liga Perdana Inggeris.
Dua
lagi pasukan teratas, Chelsea dan Arsenal turut menang ke atas lawan
masing-masing sekali gus menyaksikan tidak ada sebarang perubahan di kelompok
ter atas liga.
Dengan
keputusan itu, City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga
Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan
kelayakan.
Sementara
itu, tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff bakal tersingkir ke
Liga Kejua raan musim depan.
Saturday, May 10, 2014
ARTIS VETEREN MALAYSIA MENGGATAL.
Jika dilihat pada usia, artis veteran ini sudah boleh bersara.
Bagaimanapun, pada usia yang melebihi 60 tahun dia masih ligat. Kalau
ligat berkarya tak mengapalah juga, tetapi dia ligat mencari pucuk muda.
Dalam kemaruk dia mencari pucuk muda, artis veteran itu berkenalan
dengan seorang lelaki muda atau dalam bahasa sekarang ‘anak ikan’ dari
negara jiran. Oleh kerana kegilaannya itu dia sanggup minta kenalan
baiknya menguruskan visa kemasukan anak ikannya itu ke negara ini
berserta dengan penginapannya sekali.
Pada firasat SS, memang sudah jelas yang anak ikan itu sanggup
melayannya kerana wang dan mencari jalan mudah datang ke Malaysia.
Tidak cukup dengan anak ikan yang diimport itu, ketika dia menghadiri satu majlis, dia tertarik pula kepada seorang pelakon baru yang muda dan kacak.
Tidak cukup dengan anak ikan yang diimport itu, ketika dia menghadiri satu majlis, dia tertarik pula kepada seorang pelakon baru yang muda dan kacak.
Paling kelakar, sebaik saja dia terpandang pelakon muda itu dia terus menambah gincunya agar lebih merah sambil mengenyit mata.
Apa lagi, terkejut badaklah pelakon baru itu kerana artis veteran itu sudah layak menjadi neneknya. Dia pun terus angkat kaki meninggalkan majlis.
Menambahkan lagi kegatalan artis veteran itu, dia berani menghubungi suami sahabat baiknya sendiri mengajak ‘dating’. Orang sekeliling yang tahu sikap miang keladi artis veteran ini hanya mendoakannya agar berubah.
Friday, May 9, 2014
ARTIS MALAYSIA : AKSI RANJANG
Segelintir artis Malaysia sekarang budaya hidupnya saling tak tumpah
seperti artis Barat. Baik lelaki dan wanita, apabila bercerita bab seks
tak ‘cover’ langsung! Kadang-kadang SS rasa malu dan segan.
Yalah, orang tua-tua kita dulu jika sebut saja benda tak baik kena tegur, kadang-kadang kena tampar pun pernah.
Isu yang SS nak ceritakan ini ada kaitan dengan seorang pelakon wanita jelita.
Dia ketika ini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki kacak yang juga dalam kalangan selebriti. SS memang tak nafikan kekasihnya itu memang kacak, kalau wanita lain tengok mesti cair hatinya.
Dia ketika ini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki kacak yang juga dalam kalangan selebriti. SS memang tak nafikan kekasihnya itu memang kacak, kalau wanita lain tengok mesti cair hatinya.
Pelakon ini memang sudah asyik sangat dengan kekasihnya itu. Pantang
kawan tanya mengenai teman lelakinya, senyuman terukir hingga ke pangkal
telinga. Tak jumpa sehari, rindu dendam sampai nak demam.
Yang SS tak boleh tahan, dia siap cerita betapa hebat teman
lelakinya itu di atas ranjang. Tanpa rasa malu, dia bercerita dengan
cukup terperinci ‘babak’ dia bersama kekasihnya itu kepada temannya.
Hal-hal ‘dalam kain’ tak usahlah bercerita pada orang kerana itu membuka aib sendiri apatah lagi yang belum berkahwin sepertinya. Sekarang ramai yang sudah tahu statusnya bukan lagi anak dara walaupun belum berkahwin.
Mungkin kata-kata SS ini dianggap sebagai kolot oleh anak muda masa kini yang kebanyakannya ‘test drive’ dulu sebelum kahwin, tetapi apapun amalan kehidupan mereka, tak usahlah mendedahkan aib sendiri atau berbangga dengan perlakuan salah yang dilakukan. Ia berdosa. Ingatlah dengan Yang Maha Esa yang setiap masa mendengar dan memerhati perbuatan kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)