SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, September 28, 2011

KANAK-KANAK BERKEPALA DUA


Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.

Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.


Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.


“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.


Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.


Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.


Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.


Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.


Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.


Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.


Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi

KANAK-KANAK MAKAN BATU BATA DAN MENTOL LAMPU


Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.”

KEHEBATAN FASHA SANDHA


Kemesraan jelas kelihatan antara aktor Johan Ariff As’ari, 25, dan aktres popular Fasha Sandha, 27, pada majlis rumah terbuka aktres tersebut yang diadakan di Chinta Salon di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Saling mengusik antara satu sama lain, Johan bagaimanapun dilihat tersipu-sipu malu apabila diminta bergambar secara romantis bersama kekasihnya dalam drama Cinta Elysa itu.

Tidak menyembunyikan getaran hatinya apabila bertentang mata dengan Fasha, kata Johan dia sudah lama meminati Fasha dan tidak menyangka dapat berlakon bersama dalam Cinta Elysa yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3.

“Jangan salah sangka pula, saya minat Fasha selaku seorang peminat dan dia merupakan aktres idola saya sebelum saya menjadi pelakon sehingga sekarang.

“Sebelum saya jadi pelakon, saya sering dengar daripada rakan-rakan produksi yang dia seorang pelakon yang berdedikasi dan berdisiplin. Tidak sangka pula saya cukup bertuah apabila dapat bergandingan menjadi kekasihnya dalam drama,” tutur Johan dalam tawa.

Menceritakan semula detik-detik pertama kali bertemu Fasha secara langsung, dia menemui idolanya itu dalam sebuah acara di Sabah. Perasaan teruja dan gementar menyelubungi dirinya apabila dia berdiri bersebelahan aktres tersebut.

Kemudian apabila mereka bertemu sekali lagi pada sesi bacaan skrip untuk drama Cinta Elysa, akui Johan dia agak gementar bagaimanapun pengarahnya Along Kamaludin meyakinkannya supaya membuang rasa gementar tersebut.

“Pengarah meyakinkan saya supaya jangan terlalu rasa diri saya di bawah kerana ketika berlakon, semua pelakon sama sahaja dan harus menjalankan tanggungjawab untuk berlakon dengan baik.

“Fasha memang banyak membantu saya, dia banyak memberi tunjuk ajar. Malah, dia yang mengajar saya untuk menangis dengan penuh emosi kerana saya memang susah untuk menangis. Saya hormat dia sebagai senior saya dalam bidang lakonan kerana pengalamannya lebih banyak,” tuturnya yang meminati aktor Johnny Depp.

Johan makin popular

Johan yang merupakan bekas pelajar sekolah pondok di Pesantren As-Syhada, Jambi, Indonesia dalam pengajian hafazan al-Quran itu bersyukur selepas berlakon drama Juvana, rezekinya dalam bidang lakonan kini datang mencurah-curah.

Bahkan tawaran yang datang kebanyakannya daripada syarikat penerbitan drama popular. Sebelum berlakon dalam drama Juvana, Johan terlebih dahulu berlakon dalam sebuah drama berjudul Penunggu Gunung Raya.

“Kiranya Juvana merupakan drama kedua saya. Alhamdulillah, rezeki saya ada dalam bidang ini. Kalau nak ikutkan saya terlalu baharu dalam bidang lakonan, pengalaman saya pun baru setahun sahaja,” katanya yang mendapat sokongan keluarga untuk berlakon.

Bercakap mengenai populariti, tegas Johan dia hanya mencuba dalam bidang lakonan kerana minat dan tidak menyangka namanya pantas meniti di bibir peminat gara-gara watak Botak dalam Juvana.

“Semasa Juvana mula-mula disiarkan saya tidak sangka langsung yang drama ini popular tetapi apabila ia semakin sampai ke penghujungnya, bila saya keluar rumah orang mula panggil saya Botak.

“Saya terkejut apabila orang ingin ambil gambar dengan saya, tetapi saya masih cuba menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan saya perlahan-lahan.

“Apabila peminat menghargai saya bermakna saya berjaya berlakon dengan baik. Jadi, saya berharap mereka akan terus memberi sokongan dan saya akan terus cuba memberi yang terbaik,” luahnya yang telah menghadiri uji bakat sebuah filem seram baru-baru ini.

Hubungan profesional

Walaupun baru sahaja berkenalan sejak berlakon bersama, kata Fasha, dia mengakui keserasian yang wujud antaranya dan Johan.

Bagaimanapun hubungannya itu hanya terbatas atas landasan profesional selaku seorang pelakon sahaja.

“Dia baik dan saya kenal keluarganya juga tetapi sebagai rakan sebab kami berlakon bersama. Sebagai pelakon baharu, bagi saya dia sangat berbakat dan seorang pelakon yang rajin bertanya untuk memperbaiki mutu lakonannya.

“Saya selaku senior cuba berkongsi segala ilmu yang saya ada kepadanya. Dia juga sedar yang dia pelakon baharu, jadi bila berjumpa ketika sesi bacaan skrip, saya lihat dia sangat gugup.

“Bila ditanya mengapa gugup, dia kata tidak percaya dapat berlakon dengan saya. Dia mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai minat dan sifat ingin belajar yang tinggi,” kata Fasha.

Jejai di rumah terbuka

Dalam rumah terbuka Fasha, dia menjemput seramai 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman, peminat, pelanggan salonnya dan anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim Raudharul Jannah tetapi jumlah tetamu yang hadir mencecah 300 orang.

Bagaimanapun dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, mata tertumpu pada seorang tetamu yang hadir iaitu Rizal Ashram (Jejai) yang sebelum ini dikatakan sudah putus cinta dengan Fasha.

Adakah kehadiran Jejai menandakan hubungan mereka telah pulih semula? Ketika disoal mengenai kehadiran Jejai pada Fasha, dia hanya menjawab: “Saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. Sekarang saya hanya beri tumpuan kepada kerjaya dan salon sahaja.”

Nampaknya rezeki Fasha semakin mencurah-curah, malah Fasha juga mengakui tahun ini rezekinya melebihi daripada tahun-tahun sebelumnya, terutama selepas dia membuka salon yang diberi nama Chinta Salon pada tujuh bulan lalu.

“Syukur, rezeki lakonan dan salon mencurah-curah. Kalau saya tahu berniaga menguntungkan seperti ini sudah lama saya buka salon.

“Tetapi bukan mudah kerana perniagaan memerlukan modal yang besar. Andai saya sudah tidak berlakon suatu hari nanti, salon ini yang akan menjadi sumber rezeki saya,” luahnya yang kini mempunyai tiga orang kakitangan di salonnya.

Impian Fasha untuk salonnya adalah untuk membuka cawangan di Johor Bharu dan juga Kangar, Perlis atas permintaan yang tinggi di dua negeri itu.

“Itu hanya angan-angan saya, harap-harap akan menjadi kenyataan suatu hari ini. Saya memilih Johor Bharu kerana ia negeri kelahiran saya dan permintaannya sangat tinggi begitu juga dengan Perlis,” katanya yang menguruskan sendiri perjalanan salonnya itu.

Saturday, September 24, 2011

SUAMI PRODUSER BERMAIN KAYU 3

Mengenali sikap pelakon dan produser sensasi ini ramai tahu dia seorang yang tegas dan nampak garang.

Bukan hanya kepada pekerja malah barisan pelakon yang pernah berkerja sama dengannya juga berasakan demikian.
Begitupun, ada di kalangan teman rapat pula mempunyai tanggapan berbeza. Dia bukan saja suka membantu orang yang berdepan kesusahan malah boleh bertolak ansur ketika bekerja.

Mungkin dia tegas pada perkara tertentu itu untuk memastikan pekerja menghormati dirinya sebagai bos dan jangan main-main.


Yang pasti, kalau SS sebut namanya memang ramai yang kenal lebih-lebih lagi pelakon bergelar produser itu pernah menimbulkan kontroversi dan dikaitkan dengan beberapa isu.


Malah SS difahamkan ketegasan yang SS cakapkan tadi bukan saja membabitkan pekerja dan pelakon saja malah dia juga dikatakan bersikap ‘queen control’ kepada suami. Betul ke?

SS dapat tahu dalam ketegasan pelakon dan produser drama itu timbul juga cerita bahawa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta kini sedang bergolak.

Perkahwinan keduanya itu awalnya nampak macam bahagia selepas dikurniakan zuriat.

Begitupun entah di mana silapnya tiba-tiba hubungan pasangan itu semakin renggang sejak beberapa bulan kebelakangan.

Menurut sumber SS, masalah mula timbul selepas munculnya orang ketiga yang tiba-tiba ‘celah bedah’ (mengganggu).

Pada mulanya pelakon dan produser berkenaan tidak mengetahui mengenai sikap mata kayu tiga suaminya itu.

Mungkin selepas dapat menghidu sesuatu yang tidak kena hingga timbul rasa curiga membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri perkara itu. Lalu dia menemui beberapa bukti yang membabitkan suami dan kekasih gelapnya itu. Hah, dah ‘kantoi’ ke?

Memang artis berkenaan cukup bengang dengan suami–nya itu. Begitupun apa yang boleh buat kerana nanti malu pula kena naik turun mahkamah lagi.

ARTIS KEDINGINAN SEKSI, KEHAUSAN SEKS

Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.


Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

Thursday, September 22, 2011

NAJIB DAN ROSMAH - KES LIWAT

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 29 September ini untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam pihak-pihak yang terlibat di kamar. Anwar dan Pendakwa Raya dinamakan sebagai responden.
Beliau juga menetapkan 3 hingga 7 Oktober bagi menyambung perbicaraan kes liwat iu selepas ahli kimia dari Australia, Dr Brian McDonald, selesai memberi keterangan hari ini.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Peguam beliau, S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan akan memanggil empat saksi terdiri pakar bedah ortopedik dari Jerman, Dr Thomas Hoogland yang pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon. 

PELAJAR SEKOLAH MENGGUNAKAN KONDOM

Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.


Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.


Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.


“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

KILANG GETAH MALAYSIA HANGUS

“Ketika saya leka menyiapkan kerja di ruang tamu, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising seakan orang bergaduh di luar rumah.

“Sebaik meninjau, saya terkejut apabila mendapati beberapa lelaki berlari menyelamatkan diri kerana api marak memusnahkan bekas kilang getah di hadapan rumah saya,” kata Hamidi Mohd, 31, saksi kejadian kebakaran bekas kilang getah Lian Hin Rubber di Kampung Padang Balang, di sini, awal pagi semalam.

Beliau berkata, ini kebakaran pertama dan terbesar yang pernah disaksikannya sejak menyewa di kawasan itu lima tahun lalu dan rumahnya kira-kira 100 meter dari kilang terbabit.

Kilang getah 11 tingkat yang dianggarkan bernilai RM5 juta itu kini dijadikan gudang penyimpanan barangan pembinaan, makanan selain menjadi kilang perabot hangus dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam.


Ketua Bomba Wilayah Persekutuan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Khirudin Drahman, berkata bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.41 tengah malam dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

ARTIS MALAYSIA GADAI TUBUH

CERITA artis gadai tubuh untuk meraih kemewahan, menjadi terkenal, memperoleh peranan utama dalam filem dan menjadi artis rakaman bukanlah perkara baru kita dengar. Sejak zaman filem hitam putih dan piring hitam lagi, banyak cerita sebegini kita dengar.

Sebab itulah jangan terkejut kalau ada yang berlakon aksi macam kayu pun boleh dapat watak utama dan suara ala itik serati pun diberi tawaran merakamkan album.
Macam seorang artis wanita yang boleh tahan cantik ini. Lakonan dia tidaklah seberapa tapi kerana paras wajah yang cantik memberi bonus kepadanya meraih apa yang dia mahukan.

SS dimaklumkan beberapa orang kenalan dalam industri, bermulanya karier artis wanita ini dalam dunia lakonan dengan cara yang agak kotor.


Begini ceritanya, pengarah tahu bahawa dia tidak boleh berlakon tetapi masih mahu memberikan peluang dengan syarat dia sanggup memuaskan nafsu pengarah tadi.


Bukan setakat pengarah, khabarnya dengan produser drama dan filem juga pernah memakainya. Malah, hubu-ngannya dengan mereka itu baik sampai sekarang.

Bahkan tuah baginya, kerana peristiwa satu malam itu berjaya mencapai hasratnya sehingga membuka banyak peluang untuk memegang peranan utama.

Tidak dinafikan, beberapa tahun menyaksikannya di skrin TV,  memang akui ada peningkatan dalam lakonannya namun itu belum cukup bagus mungkin kerana dia bukan pemilik bakat semula jadi seperti Fauziah Ahmad Daud, Fauziah Nawi, Ellie Suriaty dan beberapa lagi nama hebat.

Apapun, meskipun suatu hari dia berjaya membuktikan kehebatannya dalam lakonan namun, kisahnya menggadai tubuh akan tetap menjadi bualan orang selagi dia masih berada dalam industri.

Monday, September 19, 2011

KUALA LUMPUR BANJIR


KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir tiga jam di ibu kota mengakibatkan puluhan kenderaan ringan yang melalui susur keluar ke Jalan Duta menghala Jalan Kuching terkandas apabila dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kenderaan yang terkandas kenderaan ringan yang menggunakan jalan utama itu menghubungkan mereka ke pusat bandar raya.


Akibat daripada banjir kilat itu, kesesakan lalu lintas sehingga ke Bulatan Batu Caves menuju Lebuhraya Karak iaitu sejauh enam kilometer.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 2 petang dan difahamkan lokasi berkenaan kerap berlaku banjir kilat terutama selepas hujan lebat.


Menurutnya, banjir kilat itu surut sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dan kesesakan lalu lintas di sepanjang lokasi berkenaan beransur pulih.

ARTIS MALAYSIA KEMBAR SEIRAS


PADA awal pembabitan Amyza Aznan atau Amyza, 37, dalam dunia hiburan tempatan, wajahnya sering dikaitkan dengan Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau Jee Latiff, 40. Kata peminat mereka macam kembar seiras. Malah ada juga yang bertanya adakah dia adik kepada penyanyi popular itu.
Perkara itu turut disedari Amyza selepas ramai memperkatakannya. Waktu itu Amyza sering menidakkan apa yang diperkatakan kerana malu. Katanya lagi, siapalah dia hendak dibandingkan dengan Jee yang punya nama besar dalam industri muzik tempatan.
AMYZA...teringin menyanyi bersama Jee.
TETAP CANTIK...Jee masih sibuk mengadakan persembahan.
Waktu sama, kata Amyza yang ditemui pada satu majlis sambutan Aidilfitri, baru-baru ini, dia memang meminati Fauziah sejak kecil dan seingatnya sejak tingkatan satu.

“Dulu masa zaman budak-budak, apabila orang kata muka saya mirip Jee, saya selalu belek wajah di hadapan cermin. Waktu sama hati turut bertanya, benarkah wajah saya sama dengannya dan dari sudut mana?

“Jee jauh lebih cantik kalau hendak dibandingkan dengan aku, fikir saya. Tapi selalunya saya akan simpan perasaan bangga apabila dikatakan serupa dengan Jee. Mana tidaknya orang kata wajah saya dan penyanyi kesayangan serupa, mestilah saya rasa seronok!” katanya.

Bagaimanapun, sepanjang membabitkan diri dalam dunia seni hanya sekali dia ditemukan dengan penyanyi terbabit bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk menghiasi muka hadapan majalah. Waktu itu hatinya sangat berbunga kerana dapat bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya.

“Peluang itu saya peroleh selepas enam tahun bergelar pelakon. Mungkin kerana sudah ramai orang menyebut wajah kami serupa menyebabkan editorial majalah itu mendapat idea untuk menemukan kami,” kata Amyza.

Selepas itu, dia tidak berkesempatan bertemu dengan Jee lagi sehinggalah apabila mereka bertemu sekali lagi pada majlis sambutan Aidilfitri terbabit. Kebetulan Jee dijemput untuk menyanyi.

Lalu peluang itu digunakan Rap untuk merakamkan gambar mereka berdua buat pembaca setia dan peminat bagi melihat sendiri dari sudut mana wajah dua artis terkenal ini dikatakan sama.

Menyambung perbualan membabitkan minat Amyza terhadap Jee, kata pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu, dia turut menjadikan kejayaan diraih penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu sebagai sumber inspirasi.

“Pembabitannya dalam dunia nyanyian benar-benar memberi impak berbanding artis sekarang dan rata-rata mereka mempunyai ramai pengikut setia. Malah kerana kejayaan diraih Jee juga menyebabkan saya menyimpan impian menjadi penyanyi.

“Daripada tak ada suara sehinggalah sekarang saya boleh menyanyi dengan baik. Jee juga menjadi pembakar semangat untuk saya mengasah bakat dalam bidang nyanyian,” ujarnya.

Pada waktu sama, Amyza berkata, dia menyimpan impian untuk menyanyi bersama Jee walaupun sekali tidak kira dalam rakaman lagu mahupun persembahan pentas. Mengikuti perkembangan idolanya itu yang kini turut berlakon drama, dia juga berharap selepas ini akan terbuka peluang untuk mereka beraksi sama.

Pertama kali mendengar kenyataan mengatakan wajahnya sama dengan Amyza membuatkan Jee tertanya-tanya. Bagaimanapun, apabila pertama kali melihat wajah pelakon itu, penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu mengakui tersenyum.

“Apabila melihat wajahnya buat pertama kali saya faham mengapa ada yang mengatakan wajah kami mirip. Mungkin bentuk rupa ada sikit iaitu bujur sirih dan waktu sama saya kelihatan lebih cengkung sedikit. Ada satu klip video pernah saya hasilkan waktu isu saya sangat kurus. Apabila melihatnya kembali memang saya dan Amyza nampak seiras,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan Amyza, Jee akui ibu anak dua itu sangat berbakat dan menggemari aksinya. Dia juga menyifatkan Amyza seorang pelakon serba boleh dan lakonannya bersahaja.

Menyentuh mengenai impian Amyza yang memujanya dan berhasrat untuk berduet bersama, kata Jee, dia terharu dan sangat berterima kasih. Sekiranya ia terlaksana, Jee menganggap ia sebagai satu penghormatan.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan dan hasrat Amyza untuk digandingkan bersama, kata Jee merendah diri, dia menyifatkan sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

“Saya berterima kasih kepada Suhan Movies & Trading juga Rosyam Nor kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk menimba pengalaman dan belajar selok-belok dunia lakonan. Bagaimanapun, bagus sekiranya kami dapat ditemukan di layar. Tapi segan sebabnya saya ini baru hendak belajar. Sekiranya peluang datang saya menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya yang kini sering mengikuti konvoi motosikal besar.

Menyentuh mengenai kerjaya, kata Jee, dia masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan cuma buat masa sekarang dia belum terfikir untuk menghasilkan album kerana mahu berehat buat sementara.

KEKASIH BUNUH TUNANG

Niat seorang lelaki mahu membantu menyuraikan pertengkaran tunangnya dengan keluarga wanita terbabit bertukar ganas apabila dia dibaling pasu bunga dan batu-bata menyebabkannya cedera di kepala dan badan di rumah wanita itu di Flat Pinggiran Batu Caves, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 27 bekerja apabila menerima panggilan daripada tunangnya yang meminta dia datang ke rumah kerana dia bertengkar dengan keluarga dan mahu mangsa membawanya pergi.


Menurut sumber, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa ke rumah tunangnya itu.

“Ketika tiba di rumah itu, mangsa melihat adik tunangnya sedang memarahi dan memaki hamun tunangnya itu di tingkat satu menyebabkan dia mencelah dan menjerit supaya mereka berhenti bertengkar.


“Malah, mangsa juga menasihatkan mereka turun dan berbincang, namun adik lelaki tunangnya yang geram mangsa campur tangan memaki hamunnya sebelum mengambil pasu bunga dan membaling ke arahnya,” katanya.


Sumber berkata, terkejut dengan tindakan bakal adik iparnya itu, mangsa cuba mengelak, namun tidak sempat dan terkena di kepalanya.

“Malah, seorang ahli keluarga tunang mangsa campur tangan apabila mengambil batu-bata di kawasan kejadian sebelum membaling ke arah mangsa beberapa kali.


“Mangsa gagal menyelamatkan diri terkena di badan dan pinggang menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum melarikan diri.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang sebelum mendapat rawatan di klinik berhampiran,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

KEKASIH BUNUH TUNANG

Niat seorang lelaki mahu membantu menyuraikan pertengkaran tunangnya dengan keluarga wanita terbabit bertukar ganas apabila dia dibaling pasu bunga dan batu-bata menyebabkannya cedera di kepala dan badan di rumah wanita itu di Flat Pinggiran Batu Caves, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 27 bekerja apabila menerima panggilan daripada tunangnya yang meminta dia datang ke rumah kerana dia bertengkar dengan keluarga dan mahu mangsa membawanya pergi.


Menurut sumber, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa ke rumah tunangnya itu.

“Ketika tiba di rumah itu, mangsa melihat adik tunangnya sedang memarahi dan memaki hamun tunangnya itu di tingkat satu menyebabkan dia mencelah dan menjerit supaya mereka berhenti bertengkar.


“Malah, mangsa juga menasihatkan mereka turun dan berbincang, namun adik lelaki tunangnya yang geram mangsa campur tangan memaki hamunnya sebelum mengambil pasu bunga dan membaling ke arahnya,” katanya.


Sumber berkata, terkejut dengan tindakan bakal adik iparnya itu, mangsa cuba mengelak, namun tidak sempat dan terkena di kepalanya.

“Malah, seorang ahli keluarga tunang mangsa campur tangan apabila mengambil batu-bata di kawasan kejadian sebelum membaling ke arah mangsa beberapa kali.


“Mangsa gagal menyelamatkan diri terkena di badan dan pinggang menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum melarikan diri.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang sebelum mendapat rawatan di klinik berhampiran,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

MANGSA LETUPAN BOM


Seorang mangsa kejadian letupan bom di bandar Sungai Golok, Lai Yoke Long menganggap dia umpama mati hidup semula selepas terselamat walaupun hanya berada kira-kira 20 meter dari tempat insiden tersebut berdekatan Hotel Merlin di sini pada malam Jumaat lalu.

Yoke Long, 42, yang datang ke bandar itu bersama seorang rakan, sebelum itu kecewa kerana bilik hotel itu yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia telah habis ditempah.

"Saya kemudian keluar dari hotel itu untuk cari bilik di tempat lain dan sewaktu berjalan di sebelah sebuah kereta, kami dikejutkan dengan bunyi letupan bom," kata Yoke Long ketika ditemui di Hospital Sungai Golok semalam.

Yoke Long yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor dan bekerja di sebuah lombong emas di Tanah Merah, Kelantan memberitahu, selepas letupan dia mendapati badannya berlumuran darah dan terus lari mendapatkan perlindungan di sebuah restoran berhampiran.

"Mujurlah ada beberapa orang dalam kedai makan itu membantu dengan menghantar saya ke hospital," katanya yang mengalami kecederaan di dahi sementara dua serpihan besi masih tertusuk di bahagian dadanya.

Yoke Long berkata, dia perlu menjalani pembedahan untuk membuang serpihan besi itu di hospital berkenaan tidak lama lagi.

"Saya sudah serik ke Golok. Kepada rakan-rakan, saya nasihatkan supaya jangan lagi ke sini (Golok) jika tidak ada urusan penting," katanya.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan semalam mengesahkan seramai 18 rakyat Malaysia terkena letupan tiga butir bom dengan empat maut manakala 14 lagi cedera.

Katanya, lima mangsa yang masih dirawat di Hospital Sungai Golok ialah Lai Yok Long, 52, Phoo King Kuang, 54, Ling Yee Lung, 28, Wee It Cheng, 61, dan Cheng Yew Mang, 40. Kesemua mereka adalah lelaki.

Dua lagi rakyat Malaysia dirawat di Hospital Yala.

Seorang lagi mangsa yang dirawat di hospital itu dan hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, dari Kota Bharu berkata, sebutir bom meletup betul-betul di hadapan restoran dan pusat karaoke miliknya di bandar itu.

ARTIS MALAYSIA SEKSI BERTUDUNG


Sepanjang bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.
Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.
Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.
Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan.
Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.
Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan.
Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.
"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.

SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.
Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.
"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.
Rezeki
Memandangkan kini dia sudah tampil dengan imej yang baharu, Nana menjelaskan tidak bermakna selepas ini dia akan terus berhenti daripada bidang nyanyian. Ujarnya, karier seni masih lagi tetap diteruskan seperti biasa.
"Saya akui pasti ada tanggapan yang mengatakan tawaran untuk saya membuat persembahan akan berkurangan apabila bertudung. Walaupun ada kebenarannya, namun saya sendiri tidak kisah kalau ia benar-benar berlaku.
"Kalau dah rezeki saya tidak lagi di bidang nyanyian, mungkin rezeki saya di bidang yang lain pula. Lagipun bertudung bukanlah satu masalah yang besar kerana peminat sekarang pun sudah terbuka dan mereka tetap boleh terima penyanyi yang bertudung," ujarnya.

NANA sudah mula memakai tudung sejak Ramadan lalu.
Pada masa yang sama, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa syarikat rakamannya iaitu FMC Music Sdn. Bhd. turut menerima dengan terbuka perubahannya dan kini mereka sedang mencari lagu baru yang sesuai untuk imej barunya itu.
Ditanya mengenai projek terbarunya ketika ini, Nana berkata, dia akan terbabit untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri dalam siri jelajah yang dibuat oleh syarikat Fablous Global Sdn. Bhd.
"Alhamdulillah, meskipun sekarang saya sudah tampil dengan imej bertudung tetapi rezeki untuk menyanyi masih lagi ada. Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak Fablous Global kerana sudi mengundang saya untuk sama-sama menjayakan siri jelajah mereka yang akan bermula pada bulan Oktober ini," ujarnya.
Selain Nana, antara artis-artis yang turut menjayakan siri jelajah syarikat jualan langsung yang diterajui oleh Datuk Sarimah Ahmad ialah Pian Cecupak, Mama Rina, Din Belon dan Boy Iman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails