SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, August 10, 2011

KES SEKS VS LIWAT ANWAR?


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir semasa temu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temu bual berkenaan selepas berbincang dengan peguam Anwar dan Timbalan Pendakwa Raya diketuai Mohd Hanafiah Zakaria di dalam kamarnya hari ini.
Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah hakim perbicaraan hari ini selepas dua saksi iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu semalam.

Peguam Karpal Singh memberitahu wartawan dengan perintah mahkamah itu, kesemua saksi perlu hadir ke mahkamah sebagaimana dikehendaki pihak pembelaan.

"Anwar akan hadir sama (semasa temu bual) dan beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual dan pegawai penyiasat (IO) kes ini akan membantu kami untuk mengendalikan temu bual dengan 10 daripada saksi berkenaan sudah berada di sini hari ini," kata Karpal Singh.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan ada membayangkan bila Najib dan Rosmah akan ditemu bual, Karpal Singh berkata, setakat ini belum lagi namun temu bual akan dilakukan sebelum Anwar membela diri Isnin ini.

Isnin lalu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.
Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.

Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi; adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan; seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails