SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, July 23, 2011

WAYNE ROONEY NAK IKUT JEJAK MESSI

BINTANG Manchester United, Wayne Rooney mengakui dia berhasrat untuk mengikut jejak langkah Lionel Messi.

Selepas menjaringkan hatrik ketika perlawanan pramusim di Amerika Syarikat beberapa hari lalu, Rooney kini dilihat berazam untuk mengelak daripada berulangnya keperitan pada awal musim tahun lalu.

Dua belas bulan lalu, Rooney tidak bersama skuad United menjelajah Amerika pada pramusim, bersedih kerana keaiban pada Piala Dunia dan menempuh saat paling sukar dalam kariernya, dengan kecederaan, prestasi merudum, hubungan luar padang yang menggemparkan dan kontrak permainan yang membuatkan pemain berusia 25 tahun itu tidak senang duduk.

Tidak hingga awal tahun, apabila gol pertamanya daripada permainan terbuka dalam tempoh hampir sembilan bulan, di West Bromwich Albion pada 1 Januari, ternyata melegakan emosinya dan akhirnya Rooney berjaya kembali sebagai pemain yang mendominasi kancah bola sepak tempatan dan Eropah seperti sebelum Piala Dunia.


Namun, di sebalik menamatkan musim lalu dengan 16 gol dalam semua pertandingan, termasuk satu gol ketika kekalahan pada final Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona, kempen musim 2010-11 nyata sesuatu yang mahu dilupakan Rooney.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails