SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, July 15, 2011

RAKYAT MALAYSIA DI AMERIKA SOKONG BERSIH

Solidariti antarabangsa menyokong himpunan BERSIH 2.0 berterusan dengan rakyat negara ini di Amerika Syarikat menghantar memorandum dan tandatangan kepada Kedutaan Malaysia di Washington DC.

Dokumen menyokong tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pembaharuan pilihan raya dikemukan oleh Phebie Thum dan diterima oleh Setiausaha Ketiga (Pentadbiran dan Kewangan) Khair Bahari Ahmad yang mewakili Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaludin Jarjis yang tidak hadir.

Sabtu lalu, selain Kuala Lumpur, perhimpunan BERSIH 2.0 turut diadakan di Washington DC, New York City, Los Angeles, San Francisco, Chicago dan Portland.

Sekitar 350 rakyat Malaysia berkumpul bagi meluahkan sokongan kepada rakan-rakan BERSIH 2.0 di Malaysia manakala 270 menandatangani memorandum itu.

Selain menyokong tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka juga mahu semua aktivis BERSIH, termasuk enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dibebaskan.

Rakyat Malaysia juga mahu SPR membenarkan mereka yang bekerja di luar negara mengundi secara pos.

Tiga ahli parlimen Pakatan - Johari Abdul (Sungai Petani ), Jeff Ooi (Jelutong) dan S Manikavasagam (Kapar) - serta ADUN Perak Chang Lih Kang (Teja) hadir bersama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails