SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, July 12, 2011

PANDANGAN PAK LAH TERHADAP PERHIMPUNAN BERSIH

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau memang ada berjumpa dengan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, bagi mengingatkannya bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat kenyataan penting dan beliau mesti mematuhinya.

Kata Abdullah beliau telah mendapat bantuan seorang rakan untuk mengadakan perjumpaan itu dengan Ambiga.

"Saya mahu berjumpa dia kerana saya mahu mengingatkan dia yang Agong telah membuat satu kenyataan penting berkenaan isu ini, dan dia sebagai seorang rakyat Malaysia mesti mematuhi perkara itu.

"Saya turut meluahkan pandangan saya bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menyebabkan banyak masalah. Saya tidak berjumpa dia semenjak itu (dan) tidak berkata apa-apa lagi," katanya.

Abdullah bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika diminta mengulas dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, Abdullah mempertahankan polis dan berkata keadaan sukar untuk polis semasa perhimpunan itu.

"Kerana keadaan, disebabkan oleh tekanan dan kebimbangan di kalangan rakyat sesuatu yang buruk mungkin berlaku, saya rasa polis telah melakukan sebaik yang mereka boleh.

"Ini tidak mudah, namun mereka berjaya memastikan perhimpunan itu tidak sampai menjadi keadaan yang boleh menyebabkan bencana.”

Bagaimanapun, Abdullah mengakui bahawa kerajaan mungkin akan berdepan dengan beberapa kesan buruk akibat perhimpunan berkenaan.

Tambahnya, beliau yakin kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) jika tuntutan mereka menjadi kepentingan orang ramai.

"Kerajaan kita sensitif. Jika sesuatu boleh dilakukan untuk kebaikan, kenapa tidak? Mereka (kerajaan) akan lakukannya,” katanya.
Pergerakan BERSIH 2.0 diterajui 62 NGO dengan tujuah mengadakan satu perhimpunan sebelum petisyen mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan. Antaranya:

Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
Tempoh kempen minimum 21 hari
Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
Menghapuskan rasuah pilihan raya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails