SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, July 21, 2011

GURU DISIPLIN MENCABUL

MENJATUHKAN MARTABAT PERGURUAN

Berlaku di Ampang jaya seorang saksi memberitahu, ketua guru disiplin yang didakwa mencabul 11 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini enggan meminta maaf dan tidak mengaku semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Ricky Toong Foo Weng berkata, tertuduh, Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, berkali-kali menafikan dirinya terlibat dalam kejadian memalukan itu.

“Berlaku sedikit pertengkaran mulut antara tertuduh dan salah seorang bapa mangsa sehingga mencetuskan situasi tegang di luar bilik guru di sekolah itu.

“Namun tertuduh tetap enggan mengaku perbuatan cabul itu menyebabkan ibu bapa mangsa cabul membuat laporan polis,” kata Pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Ricky memberi keterangan selaku saksi pertama dalam perbicaraan Ismazi@Megat yang didakwa mencabul kehormatan 11 orang pelajar perempuan berusia 15 hingga 16 tahun dengan meletakkan tangannya di atas dada semua mangsa.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah di sini antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi pada 25 Februari lalu.

Difahamkan perbuatan cabul itu berlaku ketika 11 pelajar itu tidak hadir perhimpunan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Ricky semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff berkata, pada hari kejadian pada pukul 11.30 pagi, dia berada dalam bilik pusat khidmat masyarakat DAP di Ampang bersama salah seorang rakannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails