SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, July 28, 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA : TIKET STADIUM

PUTRAJAYA: “Semua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini, habis dijual,” kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.


“Petang ini (semalam) semua 85,000 tiket habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia yakin dengan pasukan kebangsaan.

“Saya meminta semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang,” katanya ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta anggota Kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.


Sebanyak 60,000 dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual kelmarin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails