SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, July 21, 2011

FILEM LUCAH

Satu filem lucah mengenai aktres lagenda Amerika, Marilyn Monroe akan dilelong Ogos ini di sebuah konvensyen antarabangsa membabitkan pengumpul filem dengan harga tawaran bermula AS$500,000 (350,000 Euro).

Promoter bagi lelongan berkenaan, Mikel Barsa, berkata filem pendek hitam putih selama enam minit yang diterbitkan pada 1946 itu memaparkan aktres Amerika itu yang kemudiannya dikenali sebagai Norma Jean Baker manakala pelakon lelakinya masih tidak dikenali.
Barsa berkata, filem berkenaan sudah dikenal pasti untuk dilelong pada 7 Ogos jam 7 malam waktu tempatan di Borges Cultural Center di Buenos Aires.

“Mengenai ramainya peminat fanatik Marilyn di luar sana, filem ini mungkin musah untuk dijual sehingga mencecah jutaan dollar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Filem berkenaan sebelum ini dalam simpanan pengumpul filem lama dari Sepanyol tetapi selepas kematiannya, keluarga lelaki terbabit memberi kebenaran kepada Barca untuk menjualnya.

Barsa menjual satu-satunya versi cetakan filem berkenaan kepada pengumpul swasta beberapa tahun lalu dan menambah filem asal itu turut ditawarkan untuk dibeli oleh pengumpul dari Norway dan Jepun.

Filem pendek itu hanya diketahui umum pada 1997 selepas wujud perbahasan mengenai siapa identiti sebenar pelakon wanita berkenaan.

Sehubungan itu, Institut Perfileman Amerika mengesahkan sekiranya ia bukannya Marilyn Monroe, ia sebenarnya kakak kembarnya.

Satu lagi filem lucah pendek 16 milimeter selama 15 minit yang tidak mempunyai suara dan berlatar hitam putih menampilkan Monroe sedang melakukan aksi ranjang dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dijual kepada pengumpul swasta pada 2008 sehingga mencecah nilai AS$1.5 juta (1.1 juta Euro).

Filem lagenda yang memaparkan baju putih dipakai Monroe dalam filem 1955 bertajuk “The Seven Year Itch,” dijual dengan harga AS$4.6 juta (3.2 juta Euro) pada Jun di Beverly Hills.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails