SOSEH SOSEH: Kekasih artis panas baran
KALAU sudah namanya telinga lintah, pergi mana pun sumber SS akan beroleh berita hangat.
Ada-ada saja gosip dihidunya yang kemudian disampaikan kepada SS termasuklah mengenai pasangan artis yang hangat bercinta ini.
Tapi jangan salah sangka pula, kerana gosip yang disampaikan ini bukanlah menyentuh mengenai hubungan mereka, sebaliknya lebih kepada peribadi artis lelaki yang makin popular ini.
Jelasnya, sebelumnya dia nampak artis lelaki ini macam baik dan bersopan-santun dengan semua orang yang dikenalinya. Walaupun ternampak juga riak wajah sombong pada artis ini, sumber SS bersangka baik yang semua ini hanya pandangan luaran dan bukannya menggambarkan karakter sebenar seseorang.
Namun, sejauh mana artis itu dapat ‘cover line’ sifat sebenar kerana lama-kelamaan pasti akan terdedah juga.
Sebaik namanya dikenali, artis ini pun mulalah tunjuk belang apabila mula luahkan perasaan tak puas hati pada pihak yang mengangkat namanya.
Disebabkan amarah yang berapi, dia angkat kaki dan bertekad untuk mencari haluan sendiri dalam kariernya.
Dari satu segi, sikapnya boleh dipuji kerana berani berdikari dan mampu menempuh pelbagai dugaan yang tak boleh dijangka dalam dunia seni.
Namun, selepas peristiwa yang berlaku, sikap amarahnya semakin bersemarak dan seakan menjadi tabiat yang sukar dikikis lagi dari peribadinya.
Bayangkan, kata sumber ini, pantang mana-mana pihak yang bekerjasama dengannya buat silap, mereka pasti akan menerima sumpah seranah yang tak terperi bisanya dari artis lelaki ini.
Tambahnya lagi, apabila marah dia macam naik hantu sehingga tidak dapat membezakan status orang itu dan kepentingan mereka pada kariernya.
Wah...panas juga SS dengar cerita ini. Nampaknya artis lelaki ini menuju jalan yang salah dalam kariernya.
No comments:
Post a Comment