SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, July 21, 2011

KULIT KEPALA KOYAK DISERET VAN


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah di kepala, perut dan tangan kiri selepas diseret kira-kira 100 meter oleh van dinaikinya ketika dalam perjalanan pulang dari pusat asuhan di Bandar Baru Putra, Bercham dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas pemandu van berusia 50-an meneruskan perjalanan selepas menghantar mangsa pulang dari pusat asuhan tanpa menyedari beg galas kanak-kanak berkenaan tersangkut pada pintu kenderaannya.

Akibatnya, Muhammad Haziq Aqasha Muhamad terseret kira-kira 100 meter dan van itu hanya berhenti selepas ditahan seorang wanita yang terdengar jeritan mangsa dari jauh sebelum melihat anak bongsu daripada dua beradik itu berada di bahagian tengah bawah kenderaan.

Pemandu van itu yang juga guru di pusat asuhan mangsa kemudian menghantar anak pasangan Muhamad Sazali, 30, dan Norazaliza Alwi, 31, ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan bapa mangsa mengenai insiden itu dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, perut dan tangan kiri termasuk kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid, mahu siasatan lengkap dibuat.

"Ia insiden serius. Saya akan melawat mangsa dan bertemu ibu bapanya bagi mendapatkan butiran terperinci kejadian," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails