HENDAK dikatakan tak biasa mengacara, rasanya sudah selalu
juga muka artis jelita yang seorang ini muncul di kaca televisyen. Tetapi,
kenapa dia perlu terjerit-jerit menuturkan skripnya pada satu majlis diacarakan
yang membuatkan tetamu sakit telinga.
Menurut teman SS yang menyampaikan cerita itu, dia tak
senang duduk dibuatnya kerana tidak tertahan dengan suara nyaring si artis.
Katanya, sudahlah asyik terjerit-jerit, perkataan disebut itu juga banyak yang
salah.
Jadi, ia sangat mengganggu majlis.
Lagi pun, seorang nampak tenang dan si artis itu pula
semacam gelabah.
Barangkali, berasa tercabar dengan pengacara yang
bergandingan dengannya yang dilihat tenang saja. Maka, ia sedikit sebanyak
boleh mengganggu apa yang difokus.
SS nak komen lebih-lebih pun, tidak pula turun padang ke
lokasi acara itu. Jadi, tak sedap juga kalau tulis yang bukan-bukan sebab tak
dilihat sendiri. Apapun, kepada si artis ingatlah teguran ini sekiranya dapat
peluang mengacara baru.
Tak perlulah terjerit-jerit, apatah lagi asyik tersasul.
Lebih baiklah bertenang dan cubalah jadi diri sendiri. Bukan apa, kalau sudah
berada di atas pentas, maka semestinya dari hujung rambut hingga ke kaki pasti
menjadi perhatian dan penilaian.
Jadi, buatlah persediaan secukupnya. Nasib bukan majlis
siaran langsung, jika tidak malu dibuatnya. Sehubungan itu, ini sekadar teguran
untuk kebaikan bersama.
Mana yang kurang elok itu, lebih baik diperbetulkan segera
supaya tidak berterusan.
Memanglah pedih telinga, namun untuk kebaikan bersama. SS
pun dapati,
artis itu bukan tidak bagus sangat mengacara tetapi perlu
lebih tenang. Apapun, ingatlah kata-kata ini, jangan takut belajar daripada
kesilapan kerana tidak selamanya kita tersilap.
No comments:
Post a Comment