umno digesa membawa dua bekas perdana menteri - Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - duduk semeja bagi memastikan
parti itu lebih kuat pada masa depan.
"Duduk baik-baik. Barulah kita dapat mencapai
kemenangan dan beri kredit pada pemimpin kita Datuk Seri Najib (Razak),"
kata wakil Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.
Syed Ali membangkitkan isu itu ekoran pilihan raya umum yang
dijangka tidak lama lagi dalam keadaan Umno yang "paling getir".
Hubungan kedua-dua bekas presiden Umno itu dilihat 'dingin',
bermula sejak Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Abdullah (kiri) - pengganti yang dinamakan sendiri itu.
Malah, beberapa hari lalu sebelum menjelang perhimpunan
agung Umno hari ini, Dr Mahathir (kanan) dilaporkan masih mengkritik
kepimpinan Abdullah yang didakwa
menyebabkan Umno rosak dan sukar dipulihkan Najib.
Ketika membahaskan ucapan dasar presiden hari ini, Syed Ali
juga menyuarakan kebimbangan akan wujudnya sabotaj dari dalam yang didakwanya
sudah mula berlaku.
"Dalam taklimat presiden sebelum ini, Datuk Seri Najib
tak umum negeri mana yang ada bahagian terima peruntukan tapi tak turun (kepada
anggota).
"(Peruntukan itu) disimpannya untuk bertanding pemilihan
ketua bahagian. Minta ibu pejabat ambil tindakan. Sudah banyak laporan,"
katanya.
Justeru, beliau mencadangkan lembaga disiplin parti itu
diaktifkan semula. Ini juga, tambahnya, bagi mengelakkan sabotaj sebegitu
berpanjangan dalam pilihan raya umum depan.
Menyentuh prospek Umno di Wilayah Persekutuan, ketua
bahagian Cheras itu mensasarkan menambah penguasaan daripada tiga kepada tujuh
kerusi parlimen.
Sementara itu, perwakilan Kedah Datuk Mukriz Mahathir
menyelar pembangkang yang menggunakan pelbagai label negatif kepada Umno,
antaranya korup, nepotisme dan berhaluan tertentu.
"Ini seolah-olah sudah jadi hakcipta terpelihara
mereka," katanya sambil menyalahkan ketua pembangkang.
"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebenarnya mahu mencetuskan
bibit-bibit revolusi seakan-akan Arab Spring... Malaysia Spring.
"Sebab itu demonstrasi jalanan digunakan dengan
sokongan terancang media Barat dengan menunjukkan imej buruk Malaysia."
Menyentuh pentadbiran PAS di Kedah, anggota parlimen Jerlun
itu menyifatkannya sebagai "kemereh", mengikut loghat Utara.
Selepas timbalan pengerusi tetap mencelah tidak faham,
Mukriz berkata:
"Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek
akal... Tangkap ikan keli pun tak reti," sindirnya disambut senyum kambing
sebahagian perwakilan.
No comments:
Post a Comment