KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul
Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu,
membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan
itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau
lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro,
semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar
Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan
mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu
lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial
Adnan, 24.
“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan
itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi
komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan
kata-kata kesat serta penghinaan.
“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh
tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana
mereka tahu itu gambar lama,” katanya.
tulah hidup bersosial sangat.... terimalah akibatnya..
ReplyDelete