TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27,
dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya
kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan
ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem
Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.
Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad
Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.
Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua
pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut
tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri
kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.
Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini
menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah
arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan
sesuka hati.
Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan
boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!
Kosmo! berpeluang menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum
balas pelawak itu mengenai hal saman tersebut.
Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman
itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu
baru-baru ini.
Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia
ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada
mengguris hati Ogy.
Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman
itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.
“Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui
sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.
“Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada
kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu
ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.
“Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan
bercakap mengenainya kepada semua,” tegas Johan.
Dilanda kekecewaan
Di sebalik senyuman dan telatah yang dibinanya di kaca TV
sebanarnya terselit kekecewaan besar pada diri Johan apabila menerima dua kali
berita isterinya Rozlinawaty Ismail, 30, atau Ozlynn mengalami keguguran.
Lebih kecewa keguguran yang berlaku dikatakan Johan berpunca
daripada aktiviti senaman di gimnasium yang sering dilakukan mereka suami
isteri.
“Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali Ozlynn mengalami
keguguran kerana terlalu aktif membuat senaman di gim. Masa pertama kali gugur
saya masih boleh terima tetapi bila masuk dua kali gugur saya jadi kecewa dan
sedih.
“Sudah tentu saya sangat sedih sebab memang impian saya
ingin memiliki anak yang ramai seperti adik beradik saya,” kata Johan yang
memiliki 12 orang adik-beradik.
Menurut Johan, selepas pulang daripada melakukan aktiviti di
gimnasium, Ozlynn mengalami pendarahan yang banyak dan daripada situ baru dia
mendapat tahu isterinya hamil dan mengalami keguguran.
Memang dia dan Ozlynn tidak pernah merancang untuk menimang
cahaya mata.
Namun, Johan percaya segala yang berlaku ada hikmat di
sebaliknya. Baginya, mungkin belum rezeki dia dan Ozlynn menimang cahaya mata
selepas memperoleh anak pertama, Ahmad Sodiq Hainana, 2. Apa yang penting buat
masa sekarang kata pemenang tempat kedua Maharaja Lawak itu adalah sabar dan
berusaha untuk memperoleh cahaya mata lagi.
“Anak adalah harta yang paling berharga. Namun, saya percaya
belum ada rezeki untuk kami tambah cahaya mata,” katanya ketika ditemui selepas
majlis pelancaran drama Astro Ceria saluran 611 terkini, Elly dan Epit.
Di sebalik kekecewaan Johan, tawaran dalam bidang seni
datang mencurah bak air di daun keladi.
Terbaharu, pelawak dari Ampang, Selangor itu bakal
menyiapkan diri untuk dua filem arahan Mamat Khalid dengan Syamsul Yusof.
Bercerita tentang filem Syamsul Yusof bertajuk KL Tak
Gangster itu, ia akan memulakan penggambaran pada bulan Februari tahun depan.
“Dalam cerita ini saya dengan Shaheizy Sam akan berlakon
bersama. Cerita dia lebih kepada cerita aksi, komedi manakala untuk filem Mamat
Khalid juga akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan. Tajuk filem itu
belum diberitahu lagi tetapi saya sudah setuju untuk terima tawaran tersebut,”
kata Johan lagi.
Bukan itu sahaja, Johan juga terlibat sebagai penyampai
radio Era untuk segmen hujung minggu Era setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi
hingga 11 pagi. Malah, selepas habis drama Elly dan Epit, Johan juga mempunyai
komitmen lain iaitu Edisi Khas musim baharu dan Superlawak.
Tidak tamak
Melihat kepada jadualnya yang padat, timbul pertanyaan
adakah dia tamak menerima semua tawaran di depan mata? Bagaimana dia
membahagikan masa bersama keluarga?
Bagi Johan, tiada istilah tamak apabila dia menerima
tawaran-tawaran tersebut. Masa bersama keluarga tetap ada dan kerja yang diambil
bukan datang dalam masa yang sama.
“Bukan saya tamak menerima semua tawaran yang datang. Saya
tak ambil job serentak. Saya juga memilih setiap tawaran yang dapat sama ada ia
sesuai dengan masa yang saya ada. Jika saya tidak dapat buat saya tidak terima.
“Saya paling suka menghabiskan masa lapang dengan keluarga.
Memang masa saya agak terhad. Tidur pukul 10 malam dan bangun pada pukul 4 pagi
tapi saya tetap akan luangkan masa bersama keluarga,” katanya.
Johan juga tidak memperuntukkan berapa banyak kerja yang
perlu dilakukan dalam masa sebulan atau setahun. Paling penting, baginya,
adalah kualiti sesuatu kerja yang dilakukannya.
Mengulas mengenai wataknya di dalam drama Elly dan Epit,
kata Johan, dia menerima drama itu kerana pihak produksi dapat mengikut
jadualnya. Dia juga tidak mahu menghampakan pihak produksi dan juga watak yang
diterimanya.
“Saya terima cerita ini sebab masa penggambaran tidak
bertindih dengan jadual kerja saya. Lagipun, saya suka berlakon dengan
kanak-kanak. Ia mendisiplinkan saya untuk berlakon mengikut skrip.
“Kanak-kanak ini berlakon mengikut skrip. Jika saya cakap
No comments:
Post a Comment