SUKAR untuk SS mempercayai cerita yang disampaikan seorang
teman wartawan mengenai apa yang dilihatnya, tetapi dia tetap bertegas
mengatakan orang yang sedang berpimpin tangan dalam keadaan mesra itu adalah
seorang penggubah lagu dan artis yang baru mencipta nama.
Pening kepala SS kerana mengenali penggubah lagu yang juga
seorang pemuzik itu kerana orangnya baik dan nampak setia kepada isteri dan
keluarga.
Lihat saja bagaimana dia menguruskan rumah tangganya.
Walaupun sibuk, dia tetap
mengambil berat akan kebajikan anak-anaknya.
Kawan SS itu turut berkata walaupun dia menulis hal-ehwal
politik, dia masih kenal pasangan itu dan mengikuti perkembangan dunia seni
hiburan tempatan.
Maklumlah dunia hiburan Malaysia masih kecil.
Kata sumber itu lagi, dia juga kenal dengan artis muda yang
dilihatnya sedang berpimpin tangan dalam keadaan mesra dengan penggubah
terbabit kerana artis itu wajahnya ada muncul dalam media tempatan.
SS yakin komposer terbabit sangat profesional dalam
melaksanakan tugasnya, mana mungkin dia boleh jatuh cinta kerana isterinya
tidak kurang cantik. Mungkin apa yang dilihat teman wartawan itu tadi adalah
kemesraan seorang penyanyi dengan penggubah lagu yang boleh dianggap seperti
adik dan abang.
Apabila perkara ini SS nyatakan kepada kawan SS itu, dia
tetap bertegas dengan berkata, kalau adik dan abang tak mung-kin mereka akan
berpimpin tangan sambil berjalan dan sesekali kepala ‘terlentok’ di atas bahu.
Itu bukan adik dan abang tapi macam orang dah ‘masuk hantu berkasih sayang’.
Tegas teman wartawan itu lagi, walaupun mereka mungkin
menganggap hubungan mereka macam adik dan abang, ia bukanlah lesen untuk mereka
berpegangan tangan di tempat awam. Mereka bukannya mahram. Apa pula kata
isterinya jika terserempak suaminya bersama penyanyi terbabit dalam keadaan
begitu? Silap hari bulan, nanti ada yang kena cili.
SS hanya mengurut dada mendengar gosip teman wartawan itu
tadi dan mengharapkan apa yang disampaikan itu tidak benar dan dia betul-betul
tersalah orang.
Tapi kalau benarlah ia terjadi, hanya satu saja pesan SS
kepada penggubah berkenaan mahupun artis terbabit, jangan main api, takut
terbakar nanti!
No comments:
Post a Comment